Tertipu dengan Iphone “MYSET” beza antara Set lain.

Abg Han kan dah pesan. Jangan kejar sangat “MY“ set,kan dah kena tipu. Bila kemaruk sangat bahawa MY sahaja ORIGINAL, itu yang buat “scammer” di luar sana bergiat aktif ni.

Di sini kita sedia maklum bahawa syarikat Apple bukanlah berasal dari Bangsar, KL mahupun Kepala Batas. Wujudnya juga Apple di negara-negara lain seperti Singapore, Cina, Amerika yang membuatkan country code berbeza-beza (ZP, LL, X, dan lain-lain) Jadi, mengapa mahu cenderungkan mentaliti kita kepada “MY sahaja original” ?

Tambahan pula, waranti apple di Malaysia sekarang tidak hanya terhad pada set “MY” . Kami pun pernah hantar claim iPhone dari Singapore, US, even Hong Kong, tiada masalah pun selagi mana ada waranti dari Apple dan valid

Sedikit ilmu untuk dikongsikan bersama. Share jika bermanfaat. Jangan hanya percaya kata-kata disekeliling anda tanpa selidik dahulu.

Untuk info, Abang Han pun tak pakai “MY” set sebab lenguh dah asyik hantar claim je .

P/s : Jika ada rakan atau user iPhone yang nak claim iPhone mereka, kita boleh tolong. Cosmetic issues, water damage, atau calar, kita boleh “arrange” asalkan rela untuk keluarkan bajet.

❗️Gambar unit diatas diperolehi dari mangsa yang ditipu
❗️Tag orang yang anda kenal yang gila “MY set”

artikel ini dikongsi oleh salah seorang penjual gadget iphone yang bernama Hantotal.kl di FB

BUKAN MYSET SAHAJA YANG ORI APPLE.
Ramai peminat dan pengguna iphone hanya mencari MYset (Malaysia set) sahaja seolah-olah hanya MYset sahaja yang benar-benar original daripada Apple, manakala import set semuanya tidak original atau refurbished/recon set.
Jika inilah hakikat yang sebenarnya, maka malanglah mereka yang diluar negara kerana tidak dapat membeli iphone MYset iaitu original set daripada Apple.

Justeru, sila fahami dengan jelas bahawa bukan MYset sahaja yang original daripada Apple. Bahkan produk Apple ada dan boleh didapati di seluruh dunia. US set, UK set, Japan set, Singapore set dan lain-lain.
Kelebihan MYset adalah warranty Apple yang boleh diclaim di Apple Machines di Malaysia. Namun, anda hanya boleh claim warranty dari Apple dalam tempoh warranty sahaja. Setelah tamat tempoh warranty, maka tiada lagi kelebihan berbanding imported set.

Paling ketara, ramai yang SANGAT KELIRU antara imported set dan refurbished set. Boleh kata semua seller sekarang ini menjual iphone new refurbished imported set. Maka orang menyangka bahawa semua imported set adalah refurbished. Ini adalah satu KEKELIRUAN yang nyata. Hakikatnya, bukan semua imported set adalah refurbished, tetapi kebanyakan refurbished adalah imported set.

Untuk pengetahuan semua, ramai pemborong iphone yang memborong used-iphone (iphone terpakai)KENAPA DIKATA USED IPHONE??Mereka Akan mengaktifkan Warranty dari negara masing2 untuk memastikan tiada sistem dalaman iphone2 ini yg bermasalah seperti Sim Detection,Searching Covering,IOS System dan lain2,oleh itu iphone2 yg sebegini Akan mendapat Warranty daripada Kedai.Pemborong2 membeli secara borong dari Hong Kong, Jepun, US, dan lain-lain dengan harga yang agak rendah kerana lambakan stok terpakai di negara-negara tersebut. Apabila Apple mengeluarkan iphone model terbaru, stok iphone model lama (iphone 5,5s, 6) akan di trade in untuk ditrade-in secara pukal. Set-set ini adalah original iPhone (semua parts adalah original dan body tidak pernah dibuka) dan bukannya refurbished set.

Oleh itu, sebelum anda membeli iphone secondhand, daripada anda bertanya “MYset or imported set”, adalah lebih baik anda bertanya “original set or refurbished set”. Jika si penjual menjawab “original set’ dan masih ada warranty daripada supplier (bukan daripada Apple), maka sah ia adalah refurbished. Namun, jika dia menjawab “original set dan warranty apple telah habis” maka ia adalah original Apple set dan bukan refurbished.
Namun disini mahu saya tekankan kualiti iPhone refurbish tidaklah seteruk yg diomok2 kan Oleh pelanggan ,malahan Pihak Apple Centre juga turut menjual iphone2 refurbish.

kebanyakan iPhone yg Bermasalah adalah iPhone second Refurbish.

Kesimpulannya, jangan takut nak beli iphone import,refurbish sebab bukan MYset je semata-mata yang original Apple kat dunia ni. Hehe.

Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!