9 waktu untuk berdoa yang mustajab.

Berdoa adalah penting bagi setiap manusia untuk memohon sesuatu hajat dari pencipta iaitu Allah SWT. Namun tahukah anda bahawa ada waktu – waktu tertentu untuk berdoa yang akan menyebabkan doa anda lebih mustajab dan diterima oleh Allah SWT dengan lebih mudah dan berkesan . Beberapa sumber ini diperoleh daripada hadis hadis yang menyatakan tentang waktu mustajab berdoa.



Antara waktu-waktu yang mustajab adalah:

#1 – Ketika Sahur & Sepertiga Malam Terakhir
Allah Taala sangat gemar akan hamba-Nya yang berdoa pada sepertiga malam yang terakhir. Sepertiga malam merupakan waktu yang dipenuhi berkat kerana pada waktu itu, Allah Taala akan turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa pada ketika itu.

#2 – Ketika Berbuka Puasa
Waktu berbuka puasa merupakan waktu yang penuh keberkahan kerana manusia pada waktu itu merasakan salah satu kebahagiaan ibadah puasa iaitu boleh makan dan minum selepas seharian menahan lapar dan dahaga.

Sabda Rasulullah s.a.w:



“Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang terzalimi.” – HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no. 1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al-Albani di Shahih At Tirmidzi

#3 – Saat Malam Lailatul Qadar
Lailatur Qadar merupakan malam yang lebih mulia dari seribu bulan yang terjadi pada 10 malam terakhir pada bulan Ramadan. Peluang hanya datang setahun sekali. Latih diri untuk bangun solat pada waktu malam.

Imam As-Syaukani berkata bahawa:

“Kemuliaan Lailatul Qadar mengharuskan doa setiap orang pasti dikabulkan.” – Tuhfatud Dzakirin hal. 56

#4 – Doa Antara Azan & Iqamah
Doa tidak akan ditolak antara azan dan iqamah. Azan merupakan panggilan, seeloknya diam seketika dan jawab panggilan tersebut dengan bacaan yang disarakan.

Dari Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:

“Doa tidak akan ditolak di antara azan dan iqamah.”

#5 – Ketika Sujud Dalam Solat
Ketika sujud, kita akan terasa begitu dekat dengan Allah. Ambil peluang ini untuk meminta dalam sujud. Sesungguhnya Allah itu maha mendengar.

Dari Ibnu Abbad R.A. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:



“Adapun pada waktu sujud, maka bersungguh-sungguhlah berdoa kerana saat itu sangat tepat untuk dikabulkan.” – Riwayat Muslim, kitab Shalat bab Nahi An Qiratul Qur’an fi Ruku’wa Sujud 2/48

#6 – Ketika Hujan Sedang Turun
Hujan merupakan nikmat Allah Taala.

Dari Sahl bin a’ad R.A bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda:

“Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa ketika waktu azan dan doa ketika waktu hujan.” – Mustadrak Hakim dan dishahihkan oleh Adz-Dzahabi 2/113-114. Dishahihkan oleh Al-Albani dalam Shahihul Jami’ No. 3078

#7 – Ketika Azan Berkumandang
Anda juga disarankan untuk berdoa ketika azan berkumandang.

“Ada dua doa yang tidak tertolak atau jarang tertolak; doam pada saat azan dan doa tatkala perang berkecamuk.” – Sunan Abu Daud, kitab Jihad 3/21 No. 2540. Sunan Baihaqi, bab Shalat Istisqa’ 3/360. Hakim dalam Mustadrak 1/189. Dishahihkan Imam Nawawi dalam Al-Adzkaar hal.341. Dan Al-Albani dalam Ta’liq Alal Misykat 1/212 No.672



#8 – Pada Hari Jumaat
Seperti yang semua sedia maklum, hari Jumaat merupakan hari yang paling barakah dan Allah Taala sangat memuliakan hari Jumaat. Manfaatkan sebaiknya.

“Sesungguhnya pada hari Jumaat ada satu saat yang tidak bertepatan, seorang hamba muslim solat dan memohon sesuatu kebaikan kepada Allah melainkan akan diberikan padanya, beliau berisyarat dengan tangannya akan sedikitnya waktu tersebut.” – Shahih Al-Bukhari, kitab Da’awaat 7/166, Shahih Muslim, kitab Jumuh 3/5-6

#9 – Ketika Sedang Bermusafir
Anda tentu pernah bermusafir. Siapa sangka, ketika bermusafir juga doa anda tidak akan ditolak.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!