Sepertimana yang anda tahu. Kawasaki KRR150 telahpun tamat pengeluarannya sejak dari tahun 2013 lagi di Malaysia. Namun tidak di negara Indonesia yang mana Kawasaki maih lagi mengeluarkan model tersebut. Kawasaki KRR150 Indonesia telah menerima beberapa facelift(pembaharuan) sebelum ianya turut ditamatkan produksi di negara tersebut . Kini di Indonesia, Kawasaki RR telahpun digantikan dengan Kawasaki Ninja 250RR atau dikenali sebagai Ninja RR mono di Indonesia yang menggunakan enjin 4 lejang 250cc tunggal dan dikenali sebagai Ninja 250SL di Malaysia.
KRR150 Indonesia facelift (PEF/PEFA Chassis)
KRR150ZX Malaysia (K45 Chassis)
Ninja 250SL/Ninja RR MONO
KRR 150 merupaka antara jentera 2lejang Kawasaki yang amat popular di Malaysia , Thailand Indonesia dan beberapa negara lain. KRR150 juga adalah merupakan antara jentera terpantas di kategori 2 lejang 150cc di dunia selain NSR150SP. Di Thailand. KRR150 telahpun ditamatkan lebih awal dari Malaysia dan Indonesia. Walaubagaimanapun di KRR150 di Thailand telah mendapat Spec yang tertinggi berbanding negara lain dengan campurtangan PDK dan Tsukigi yang merupakan tuning company yang membuat jentera tersebut mencapai 40hp dari kilang di 3 modelnya yang menggunakan enjin yang sama. iaitu KRR150SE, VICTOR SE dan SERPICO SE.
Kini popularity KRR150 masih lagi tidak dapat disangkal lagi di Malaysia kerana masih boleh dilihat di media sosial masih ramai yang memiliki jentera ini. Namun akibat dari penamatan yang awal . Model di Malaysia tidak pernah menerima facelift yang jauh lebih agresif berbanding dengan model facelift terbaru Indonesia menyebabkan ramai pengguna di Malaysia memilih untuk menggunakan bahagian model facelift dari Indonesia di Malaysia seperti coverset, block dan lain lain.
Pemasangan coverset versi Indonesia adalah kebanyakannya plug n play namun ramai pengguna yang gagal untuk memasang sebahagian dari coverset Kawasaki ini terutamanya bahagian belakang ekor Kawasaki dari Indonesia. Ini menyebabkan ramai yang tertanya tanya bagaimanakah rupa body frame di Indonesia berbanding Malaysia? adakah lebih panjang? atau lebih pendek? atau body frame Kawasaki KRR adalah berbeza di negara jiran.
Braket bagi body KRR150 Indonesia akhirnya dijual di Malaysia namun jarang kita lihat cara dan kedudukan sebenar braket tersebut di kimpal. Namun Alert TV telah berjaya mendapatkan gambarajah dan kedudukan body frame KRR150 yang sebenarnya adalah sama melainkan KRR di Indonesia telah diwelding beberapa braket baru untuk memasang coverset barunya.
Chassis Body Frame K45 model Malaysia terakhir.
Chassis Body Frame PEF/PEFA Indonesia
Chassis Body Frame PEF/PEFA Indonesia (belakang)
Reply