Malam semalam Presiden pas telah keluar di media untuk membuat perutusan Khas di media sosial. Beliau telah melakukan sidang media tersebut untuk menceritakan apa yang berlaku sewaktu peralihan kuasa yang digelar kerajaan pintu belakang oleh party pembangkang yang dulunya kerajaan iaitu Pakatan Harapan.
Menurut Hadi, strategi tersebut sebenarnya bermula sejak dari kongres melayu lagi yang dianjurkan pada oktober tahun lepas untuk membela maruah melayu yang kian ditindas sewaktu kerajaan pakatan Harapan memerintah. Menurut Hadi juga , Pas mengambil peluang tersebut berikutan dengan desakan untuk menjatuhkan Tun Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri ke 7 oleh ahli pakatan sendiri seperti DAP PKR dan Amanah.
Menurut Hadi , Beliau dan PAS lebih menyokong DR Mahathir kekal menjadi perdana Menteri hingga ke akhir penggal berbanding dengan DAP PKR dan Amanah yang dilihat semakin merosakkan negara dengan agenda masing masing. Beliau turut berbincang dengan ketua ketua parti melayu untuk mendapatkan sokongan mereka didalam Muafakat Nasional sejak kongres melayu lagi.
Beliau bergabung dengan UMNO dan menyusun strategi untuk meletakkan calon berbangsa cina di tanjung piai sebelum ini untuk membuktikan bahawa muafakat Nasional bukan sebuah parti yang rasis dan berjaya memenangi pilihanraya di kawasan tersebut dengan cemerlang.
Menurut beliau lagi pada awalnya PAS dan Umno menyokong terus Tun Mahathir sebagai perdana menteri ke 7 sehingga Dr Mahathir meletakkan jawatan beliau . YDP agong meminta ahli parlimen untuk menandatangani undi sokongan di dewan rakyat untuk menyokong Mahathir, Namun Pakatan Harapan yang sebelum ini memberi sokongan palsu kepada DR Mahathir untuk kekal berkuasa, menukar kepada Anwar apabila undi sokongan tersebut berlaku menyebabkan Muafakat nasional mengambil keputusan untuk menukar undi sokongan mereka kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri ke 8 dan berjaya memerangkap kepimpinan Pakatan Harapan yang licik itu.
Reply