Sebelum ini viral di laman sosial mengenai 2 orang jutawan kosmetik terkenal di Malaysia yang penuh kontroversi di media sosial . Hampir setiap minggu nama 2 orang jutawan ini akan tersebar di media sosial sejak dari beberapa tahun lepas. Ianya adalah kerana 2 orang jutawan kosmetik ini sering mencetuskan kontroversi murahan demi mendapat perhatian netizen di media sosial.
Baru baru ini 2 orang jutawan kosmetik ini telah berganding dan mengeluarkan satu lagi single yang agak teruk dan dikutuk teruk oleh netizen . Selain itu single tersebut juga telah mendapat teguran dari pendakwah media sosial terkenal iaitu PU Amin yang sentiasa menegur kesalahan orang lain . Namun jelas bahawa Aliff Syukri dan Sajat langsung tidak menerima teguran dari PU Amin dan sebaliknya masing masing membalas video PU Amin dengan kenyataan tidak puas hati dengan pendakwah tersebut.
Videp balasan Aliff Syukri dan Sajat sememangnya tidak disukai orang ramai dan ianya telah mencetuskan satu lagi kontroversi yang mengatakan bahawa mereka langsung tidak menerima nasihat dan mereka kini telah menjadi semakin berlagak dengan status mereka yang bergelar jutawan .
Kini PU Amin menerima satu lagi serangan dari golongan yang tersasar yang menyokong Sajat dan Aliff Syukri apabila akaun facebook PU Amin telahpun dibekukan selama sebulan . Ianya adalah merupakan kejadian kali yang ketiga selepas terjadi ianya terjadi sebelumnya setelah menegur Safiey Ilias.
Reply