Malaysia telah menghantar beberapa orang wakil untuk bertanding di peringkat dunia di Sukan Asia di Jakarta , Palembang, Indonesia. Namun kali ini bukanlah seperti tahun tahun yang sebelumnya apabila beberapa orang Atlet Malaysia viral di laman sosial akibat dari insiden insiden dan kejadian yang tidak disangkakan berlaku di temasya sukan Asia di Indonesia tersebut.
Ianya membuktikan bahawa masih ramai rakyat Malaysia yang menyokong dan meminati sukan di Malaysia berikutan dengan viralnya beberapa insiden di Sukan ASIA yang Melibatkan Malaysia. Seorang gadis menjadi viral di laman sosial apabila beliau merupakan wakil acara skateboard atau papan selaju yang telah melakukan persebahan yang agak buruk seolah olah tidak pernah menaiki dan mengawal papan selaju tersebut.
Video persembahan beliau yang buruk itu menjadi viral di laman sosial dan menjadi kutukan dan hinaan netizen yang tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku terhadap adik Fatin , 16 yang sebenarnya tidak dapat beraksi dengan baik di sukan Asia tersebut atas sebab yang kukuh. Adik Fatin sebenarnya dikatakan mempunyai kecederaan di ligamen pada buku lali beliau yang menyebabkan beliau langsung tidak dapat mengawal papan selaju beliau.
Kutukan netizen itu jelas memberikan impak yang besar terhadap adik Fatin kerana beliau dilihat telah memadamkan semua gambar beliau di media sosial instagram dan memuatnaik sekeping gambar memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia. Permohonan maaf tersebut diterima oleh netizen yang mula menyesal dengan kutukan mereka yang menyebabkan adik Fatin mula hilang semangat dan seolah olah tertekan dengan perkara tersebut apabila dikutuk teruk.
IG adik Fatin yang telah memadamkan semua gambar.
Reply