Mungkin pertunjukan fesyen di negara negara biasa adalah diperagakan oleh model model terkenal yang cantik dan menawan . Seperti di Malaysia, negara lain juga menggunakan konsep yang sama dengan memakaikan baju rekaan terbaru kepada model model cantik dan seksi untuk menunjukkan fesyen terbaru dan menarik pembeli rekaan fesyen terbaru tersebut
Namun lain pula yang berlaku di Arab Saudi. Dilihat hanya baju yang berterbangan di pertunjukan fesyen di Arab saudi. Boleh dilihat didalam video yang telah menjadi viral di laman sosial , Baju baju rekaan terbaru telah digantung di sebuah mesin khas yang membawa baju tersebut beterbangan di sekitar dewan pertunjukan fesyen.
Video tersebut menjadi viral kerana pengunjung pertunjukan fesyen dari negara luar yang merakamkan perkara tersebut dan menganggap ianya melucukan kerana pengunjung tersebut tidak pernah melihat pertunjukan fesyen seperti itu melainkan di Arab Saudi. Meskipun ianya agak pelik akan tetapi ianya tetap disambut baik oleh orang ramai dan menjadi kebiasaan di negara Arab Saudi.
Negara Arab Saudi dikatakan tidak membenarkan kaum wanita untuk bekerja apatahlagi menjadi seorang model. Tanpa model baju tersebut hanya mampu diperagakan oleh mesin yang membawa baju tersebut beterbangan di sekitar dewan pertunjukan fesyen tersebut . Namun ramai yang menganggap bahawa adalah lebih baik sekiranya bajut tersebut disangkut kepada patung manequin .
Mungkin Arab Saudi tidak menggantung pakaian tersebut kepada patung kerana patung berbentuk manusia juga adalah salah disisi ialam . Apa pendapat anda? – Alert TV
I’m dying at this fashion show in Saudi?? they weren’t allowed female models pic.twitter.com/5xxpMBk4Nr
— jina (@jinakhoushnaw) June 6, 2018
Reply