Dalam sesebuah perniagaan , pelanggan merupakan prospek utama yang yang petut diberi keutamaan apabila berniaga . sekiranya berniaga. peniaga perlu melayan segala kerenah pelanggan meskipun kadang kadang ada juga pelanggan yang menyakitkan hati dan boleh menyebabkan peniaga meluat dan hilang sabar. Namun prinsip customer always ring ini sering disalahgunakan oleh pelanggan yang segelintir melukakan hati peniaga.
“Customer always right” ini sebenarnya tidak relevan sekiranya peniaga mula rela kehilangan pelanggannya akibat dari perbuatan atau kata kata pelanggannya yang mengguris hati. ramai yang mengutuk kata kata ‘customer always right’ apabila bertemu dengan pelanggan yang menjengkelkan dan menyakitkan hati peniaga itu sendiri akan tetapi lain pula berlaku kepada seorang peniaga kedai kusyen yang diviralkan oleh salah seorang pelanggannya.
Seorang pelanggan dilihat memviralkan log mesej perbualan whatsappnya dengan seorang peniaga iaitu HAS cushion yang agak popular dengan hasil seni kerjanya membuat kusyen. Pelanggan tersebut telah bertanyakan tentang harga kusyen beserta penhadang untuk diletakkan di motosikal FZ150i nya namun dilayan dengan buruk dan dimaki hamun menurut log perbualan whatsapp tersebut.
Posting log whatsapp lelaki tersebut terus menjadi viral di laman sosial dan beberapa grup permotoran di dalam facebook menyebabkan HAS kusyen dikutuk teruk di media sosial yang menyebabkan page HAS kusyen di serang oleh tentera tentera bawang facebook mengutuk tindakan pemilik perniagaan tersebut .
Meskipun dikutuk, dilihat pemilik HAS kusyen masih lagi membalas komen secara berlagak menyebabkan ramai yang semakin membenci dan boikot dengan kedai HAS kusyen. setelah 2 hari diserang di media sosial akhirnya page HAS kusyen ditutup oleh pemilik HAS kusyen. Beberapa orang pelanggan bertanya terus tentang perkara tersebut kepada HAS kusyen namun HAS kusyen tetap dengan pendiriannya yang tidak mengaku salah dan ingin cuci tangan dari membuat kusyen.
Impak viral tersebut agak besar dan mungkin terlahpun merosakkan perniagaan HAS kusyen . netizen berpendapat lelaki tersebut telah menerima karma dari apa yang dilakukan kerana terlalu berlagak dan memaki pelanggannya.
Reply