Aksi pemandu hati kering viral membahanyakan nyawa orang awam.

Di Malaysia sememangnya ramai kaki kaki lumba yang menyalahgunakan kebolehan mereka di jalan raya , ianya boleh dilihat pada malam malam minggu di beberapa tempat di setiap ibu negeri di Malaysia. Kebanyakan dari mereka kebiasaannya menggunakan kereta berkuasa tinggi yang telah dimodifikasikan untuk perlumbaan di jalanraya sambil disaksikan oleh penonton di tepi jalan ibu negeri masing masing.



Jika sebelum ini viral jentera Honda yang beraksi di jalan bukit genting , Kali ini sejarah berulang kembali apabila satu lagi video menjadi viral di laman sosial menunjukkan seorang lelaki melakukan perbuatan yang sama namun jauh lebih merbahaya dari video Honda yang pernah menjadi viral di seluruh Malaysia pada suatu ketika dahulu.

Namun kali ini jentera yang digunakan oleh pemandu yang menjadi viral di laman sosial tersebut adalah sebuah Nissan Silvia yang menaiki bukit untuk menuju ke genting highland dengan kelajuan yang tinggi dan disertai dengan beberapa drift atau meleper di selekoh di jalan yang dilalui oleh orang awam tersebut.



Pemandu tersebut dikenalpasti oleh beberapa kaki lumba di Malaysia namun tidak didedahkan asal usulnya. Video tersebut menjadi viral di laman sosial dan menerima impak negatif apabila sebahagian dari penonton video tersebut mengutuk tindakan lelaki didalam video yang membahayakan nyawa orang awam. Namun sebahagian lagi mempunyai komen yang positif kepada lelaki tersebut dan mengganggap bahawa lelaki tersebut berbakat sebagai seorang pelumba namun disalahgunakan bakatnya.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!