Aliff Syukri dihentam lagi.

Usahawan kosmetik yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri ada membuat permohonan maaf di Instagram Stories, pada Sabtu.Menerusi rakaman video berdurasi 15 saat itu, penyanyi Bobo Di Mana itu menyatakan permohonan maaf andai ada meny4kitkan hati selain dia tidak mahu mempunyai masalah dengan sesiapa.



“Kepada semua, saya nak minta maaf kalau ada menyakitkan hati korang, menyebabkan korang tak suka pada saya. Saya minta maaf banyak-banyak.

“Saya tak nak ada masalah dengan orang, maafkan saya,” katanya.

Bagaimanapun bapa kepada lima cahaya mata itu tidak pula menyatakan secara terperinci fokus 1su permohonan maaf yang dibuat.

Terdahulu, Aliff telah did4kwa memvkul anak angkatnya yang berusia dua tahun, sebagaimana yang diperkatakan apabila laporan polis mengenainya tular di media sosial.



Dalam laporan polis yang dibuat, m4ngsa dikatakan telah dipvkul menggunakan tangan dan kasut serta dicubit hingga meninggalkan kesan.

Menerusi laporan media tempatan, Aliff menyerahkan perkara itu kepada pihak polis bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Saya minta maaf sebab tidak boleh bercakap lebih mengenai perkara ini kerana ia sudah menjadi k3spolis.

“Biar mereka membuat siasatan. Saya tidak mahu mengeruhkan keadaan lagi. Saya berharap perkara ini dapat diselesaikan segera,” katanya seperti yang dipetik.



Sementara itu, Harian Metro melaporkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid menyerahkan sepenuhnya kepada polis susulan d4kwaan suaminya itu dikaitkan dengan kejadian memvkul anak angkat mereka.

“Kalau betul salah, biar polis ambil tindakan,” katanya yang baru sahaja pulang dari tanah suci bagi menunaikan umrah.

Tiada apa2 penjelasan dari mana mana pihak namun netizen tetap menghentam beliau meskipun beliau meminta maaf.


Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!