Anjing masuk dalam litar Cubprix . Langgar pelumba.

Kini sukan permotoran Malaysian Cubprix telah menjadi acara yang dinantikan oleh setiap peminat sukan permotoran tersebut di Malaysia . Jumlah peminat sukan permotoran tersebut semakin meningkat dengan zaman yang kian berubah dengan adanya media sosial yang menguatkan lagi aura permotoran di Malaysia dengan penyebaran video video dan sebagainya.



Setiap tahun Malaysian Cubprix akan dianjurkan di Seluruh Malaysia dengan beberapa pusingan di beberapa negeri yang berbeza bagi memeriahkan lagi upacara tersebut . Pada September 2018 adalah pusingan yang ke 8 dan ianya bakal menjadi pusingan yang akan diingati dalam jangkamasa yang agak panjang kerana sesuatu peristiwa yang tidak dijangka telahpun berlaku dan menjadi viral di laman sosial.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa yang mana seekor anjing telah terlepas masuk kedalam litar cubprix di Kangar dan telah mendatangkan kemalangan yang kecil terhadap seorang rider cubprix . Anjing tersebut berjaya dirakamkan didalam kamera berlari menuju kearah seorang pelumba yang sedang mengambil selekoh lalu berlanggar dengan anjing tersebut .



Mungkin ianya agak melucukan akan tetapi ianya mungkin bakal menjadi peristiwa yang tidak dapat dilupakan oleh pelumba tersebut dan sejarah cubprix. Meskipun kemalangan tersebut berlaku namun tiada kecederaan serius dilaporkan samada penunggang ataupun anjing yang dilihat masih bangun selepas kemalangan tersebut berlaku. Video tersebut mendapat sehingga 1000 perkongsian dan 200k tontonan di laman sosial .




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!