VIral di laman sosial apabila seorang kakak yang bertanyakan tentang penyelesaian kerana adik beliau yang enggan mendapatkan rawatan kepada anaknya yang telah mengalami jaundis tahap sederhana. walaubagaimanapun ibu kepada anak kecik tersebut enggan untuk vaksin dan antibiotik untuk anaknya dan enggan untuk mengikuti nasihat doktor untuk merawat anak beliau.
Assalamualaikum. Saya nak tanya. Macam mana nak selesaikan dengan doc kota bharu.
Adik saya bersalin czer 2hb. Minta discaj harini.
Tapi misi/doc ugut nak panggil polis sebab reason takleh discaj. Anak kuning.
Untuk pengetahuan semua. Adik saya refuse vaksin dan sebarang antibiotik untuk baby dia.
Baby dan ibu dalam keadaan sihat. Tiada sebarang komplikasi, tetapi diberitahu ada kuning sekarang ni. Tahap kuning tu tak pasti, sebab adik tak benarkan baby diambil darah.
Masalahnya nak panggil jkm & polis. Apa hak ibubapa baby?
Update 6:30pm : Disebabkan ibu dah stress, dapatla cek tahap jaundis baby sederhana. Doc berkeras nak letak bawah lampu biru.
Siap dah bapa baby tandatangan AOR. Jam 8 malam ni discaj. Itupun dah jadi drama depan patient lain dalam wad.
Menurut pihak yang terbabit kes tersebut sudahpun diselesaikan dan menjadi satu drama di hadapan pesakit yang lain yang turut berada ditempat kejadian. Netizen walaubagaimanapun menasihati pihak yang terlibat supaya mengikuti nasihat doktor agak tidak ada apa apa yang serius berlaku kepada anak mereka.
Reply