Y15ZR kini telah menjadi trend moden dan amat popular di Malaysia. Ianya adalah kerana demand bagi Y15ZR amat tinggi sehinggakan pembeli terpaksa menunggu berbulan bulan untuk mendapatkan motosikal kegemaran mereka iaitu Y15ZR. Salah satu punca popularity jentera tersebut adalah aftermarket part yang agak banyak dan meracuni setiap pengguna Y15ZR mahupun sesiapa sahaja yang berada di kedai motosikal.
Baru baru ini Yamaha telah melancarkan motosikalnya iaitu Yamaha R15 yang dilengkapi dengan teknologi VVA atau variable valve actuator yang mempunyai 2 profil cam yang berbeza pada RPM yang berlainan . Teknologi ini membuatkan ramai yang menunggu nunggu kehadiran Y15ZR 2019 yang mungkin turut dikuasakan dengan enjin VVA.
Akan tetapi penantian tersebut hanya sia sia apabila Y15ZR masih mengekalkan enjin yang lama selain hanya mendapat rupa yang berbeza. Persoalan telah keluar sekiranya Y15ZR memiliki sistem VVA adakah ianya berbaloi? sememangnya ianya akan meningkatkan harga jentera tersebut kerana jika dilihat di head R15 yang lebih besar kerana mengandungi sistem tersebut.
Jika ditunggang R15, VVA langsung tidak dapat dirasa melainkan enjin R15 dilihat menjadi lebih high revving berbanding dengan enjin Y15ZR. akan tetapi , Mungkin dengan VVA ianya sedikit boleh dirasa di Y15ZR yang lebih ringan dari R15 yang agak besar dan berat. Ianya juga akan membuatkan Y15ZR lebih berkuasa di hujung RPM dan boleh di rev lebih tinggi .
Pemasangan high cam Y15ZR akan menyebabkan jentera tersebut akan hilang kuasa di awal rpm namun amat berkuasa di hujung rpm. Namun dengan teknologi VVA kelemahan tersebut akan dihapuskan. Menurut pandangan orang ramai, mereka mengangap sekiranya enjin Y15ZR dilengkapi VVA , ianya akan meningkatkat kuasa motosikal tersebut di sekitar 17 – 18hp. Top speed dianggarkan sekitar 150 – 160kmj.
Reply