Artis baru nak up kantoi mabuk, tak bayar hotel check in dengan teman wanita.

Banyak artis baru yang muncul pada waktu ini sehinggakan ramai yang tidak perasan akan kemunculan artis artis muda yang baru ini. Sebahagian artis artis veteran berpendapat kebanyakan artis artis muda agak sombong dan sering salah pilih jalan dalam karier mereka yang menyebabkan mereka sering lalai dan terpalit dengan kontroversi murahan untuk menaikkan nama mereka.



Sebelum ini viral kes seorang artis muda baru iaitu Ismail Izzani dan 2 orang artis wanita yang penuh kontroversi di Malaysia iaitu Fathiya Latiff dan Zarina Anjoulie. Fathiya Latiff dikatakan memuat naik sekeping gambar Ismail Izzani dan Zarina Anjoulie berpelukan didalam sebuah kelab dan ianya mencetuskan kecaman dari netizen terhadap Fathiya latiff.

Netizen menuduh Fathiya dan Zarina cuba memburuk burukkan Ismail Izzani namun viral pula video Zarina memperbetulkan keadaan dengan mendedahkan perkara sebenar yang berlaku pada malam tersebut di sebuah kelab malam . Menurut Zarina , Mereka dikatakan hanya menjadi kawan biasa namun akibat dari tuduhan dari wartawan dan netizen, Zarina mendedahkan bahawa Ismail Izzani pada hari tersebut mabuk bersama teman wanitanya dan check in di sebuah hotel dalam keadaan mabuk.



Ismail Izzani dikatakan menggunakan hotel tersebut namun meninggalkan bil yang berjumlah hampir 400 ringgit akibat dari room service yang digunakan oleh artis lelaki baru tersebut . Zarina turut memberitahu bahawa dia mempunyai segala bukti untuk membela dirinya dan Fathiya yang boleh membuktikan siapa dan bagaimana perangai artis baru Ismail Izzani yang sebenar.

Kenyataan Zarina Anjoulie.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!