Axia dihimpit lori , pemandu disarankan berhati hati bila berada ditepi lori.

Mungkin kebiasaan yang kita dengan yang berkaitan dengan lori adalah perlanggaran di bahagian hadapan kerana lori mempunyai banyak ‘blind spot’ yang mungkin boleh menyebabkan kemalangan yang tidak terduga oleh kerana pemandu lori yang mungkin tidak nampak dengan kenderaan lain yang berada di sekelilingnya yang mungkin akan menyebabkan lori tersebut menghimpit atau menggilis kenderaan lain di sekelilingnya.



Viral di laman sosial apabila rakaman dashcam telah diviralkan oleh netizen berkenaan dengan sebuah Axia yang digilis teruk oleh sebuah lori . Jika dilihat didalam video kelihatan kenderaan berjenama Perodua Axia tersebut hanya memandu secara normal di sebelah sebuah lori yang kemudiannya tiba tiba menukar dan beralih arah sehinggakan lori tersebut telah menghimpit Axia tersebut sehingga ke penghadang jalan sehingga Axia tersebut hancur.

Lori tersebut walaubagaimanapun dilihat tidak menghadapi sebarang kerosakan serius dan hanya calar calar dan sedikit kerosakan sahaja mungkin kerana lori tersebut dibuat dengan meterial yang lebih berkuality untuk menampung berat yang dibawanya. Perodua Axia tersebut kelihatan agak teruk dan mungkin mengalami total lost.



Netizen melemparkan pelbagai komen yang menyalahkan lori tersebut kerana mungkin memandu dalam keadaan mengantuk atau mungkin menggunakan telefon pintar ketika memandu. Selain itu ada juga netizen yang berpendapat bahawa mungkin lori tersebut cuba untuk menghalang Perodua Axia tersebut dari memintasnya dan menyebabkan kemalangan tersebut berlaku.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!