Ayah terabai , Netizen jiran tag anak tidak bertanggungjawab di facebook

Hari raya hampir menjelang tiba . Dikala umat islam sibuk untuk pulang ke kampung untuk bertemu dengan keluarga masing masing, namun ada juga yang lain daripada yang lain . Seorang netizen mengambil keputusan untuk mendedahkan perangai beberapa orang pengguna facebook yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ayah mereka yang kini tidak terurus.



Petikan dari Facebook Anis Addean

NAshrul Akym , Layla Harajukuu ,Hanis Syazwanie korang Sanggup biar ayah sendiri duduk dalam rumah ade najis,penuh sampah sarap, tidur atas tilam yg dah nipis …kelaparan.. tak terurus.. stroke .Tak tahu la manusia jenis apa korang ni. Kalau tak boleh jaga semua busy dkt bandar tu.hantar la abah korang ni pergi rumah orang2 tua ke… setakat dtg jenguk sekali sekala tak payah lah.. dia bukan boleh bangun berjalan… mengesot tahu tak!

Rugi …abah korang hidup lg tapi tak boleh beramal untuk bapak. Nanti dia dah takde baru korang menyesal,tu pun kalau menyesal lah..

Sebenarnya korang harapkan sedare mare ni jaga kan? Hello anak2 dia hidup lagi elok masih waras sihat walafiat..mana tanggungjawab korang ni..? Tunggu lah nt anak korang pulak buat mcm mana korang buat dkt abah korang. Apa lah dosa abah korang ni sampai korang sanggup abai dia mcm ni. Bertahun- tahun kami diam je. Sedih tgk dia terabai mcm tu.



Abah korang ni baik sgt dgn arwah mak dlu..tlg hantar pergi interview dkt hukm tu,tlg bawak pergi low yat sbb nak beli laptop masa belajar dlu..aku mengenang kan tu je. Dia baik. Kesian lah dia.. kena hadap hidup macam ni di akhir usia. ? aku tak boleh lah.. aku bkn jenis yg kuat blh tgk mende2 mcm ni…

Aku terpaksa post dkt fb ni sbb kalau aku pm korang mcm dah takde effect, akak long korang lagilah block aku terus.

Aku taknak tahu korang balik bila ke , pergi bawak dia potong rambut ke ,bawak makanan, bg duit ke,yg aku nak tahu skrg ni apa korang punya plan utk abah korg ni. Nak bawak kt rumah org tua2 ke supaya ada org boleh urus dia atau korang nak bawak dia stay dgn korang sendiri yg jaga.selagi hayat dia masih ada ni. Berbakti lah.



Akibat dari viralnya perkara tersebut , facebook ketiga tiga anak yang mengabaikan ayah mereka telah diserang dan dihentam netizen di ruangan komen. Kakak kepada 3 orang adik beradik tersebut dikatakan lebih awal memblock Anis Addean apabila dinasihat supaya pulang menjenguk bapa mereka.

Namun mungkin ada krisis yang kita tidak diketahui dalam keluarga mereka yang tidak dapat didedahkan kepada umum . walaupun begitu sehingga kini netizen masih menyerang akaun facebook ketiga tiga anak tidak bertanggungjawab tersebut.

VIDEO DIATAS SEKADAR HIASAN.
CERITA SEBENAR :




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!