Azmin Ali sindir TV3 dan RTM, terkejut RTM dan TV3 tiba tiba puji beliau.

Setelah pilihanraya umum yang ke 14 tamat , telah banyak pihak yang berpaling tadah kerana pertukaran kerajaan di Malaysia mungkin akan memberikan pengaruh kepada poket masing masing apabila sekiranya pihak tersebut menyokong pembangkang atau mengutuk kerajaan yang sedia ada. Antara contoh yang terbesar yang boleh dilihat adalah boleh dilihat ramai calon calon Umno yang telahpun berpaling tadah dengan melompat party kepada party kerajaan yang terbaru iaitu Pakatan Harapan.



Selain itu beberapa pihak juga berpaling tadah dan mengutuk Umno seperti usahawan penerbangan Malaysia yang terkenal iaitu Tony Fernandes yang turut berpaling tadah dengan mendedahkan keburukan dan tekanan yang dihadapi beliau dibawah kerajaan Umno setelah party tersebut mengalami kekalahan teruk dengan party Pakatan Harapan yang kini menjadi party kerajaan terbaru yang diketuai oleh Tun Mahathir yang menjadi perdana menteri Malaysia kali yang kedua.

Khairy Jamaludin pula turut meluahkan rasa menyesal beliau kerana sebelum ini berkeras mempertahankan Najib Razak yang sekian lama korup dan menyembunyikan isu skandal 1MDB. Kini beliau menyesal dengan perkara tersebut kerana disebabkan perkara tersebutlah UMNO menerima kekalahan yang teruk di pilihanraya umum yang ke 14.



Lain pula yang berlaku kepada Azmin Ali yang memberitahu kepada rakyat Selangor bahawa mereka kini boleh menonton channel telivisyen Malaysia yang terkenal seperti TV3 dan RTM kerana channel tersebut dikatakan tidak lagi dipengaruhi politik kerana beliau melihat channel tersebut telah memuji kejayaan beliau dan pakatan Harapan menawan Selangor yang sebelum ini kerap kali mengutuk keras Azmin Ali dan pihak pembangkang.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!