Azwan Ali kantoi kutuk pengacara motif viral , dimalukan LIVE.

Azwan Ali sememangnya seorang artis yang penuh kontroversi kerana perbuatannya yang agak pelik dan sentiasa menonjol . Beliau juga baru baru ini viral di media sosial kerana dikatakan telah menjadi salah seorang calon Barisan Nasional dalam pilihanraya yang ke 14 baru baru ini. Azwan ali turut popular kerana beliau seringkali dengan lantang mengeluarkan pendapat beliau di media sosial tanpa menghiraukan orang lain .



Namun baru baru ini Azwan Ali telah dijemput kedalam sebuah rancangan popular Malaysia yang dikendalikan oleh Astro untuk ditemuramah. Rancangan tersebut seringkali diperkatakan dan disebut di media sosial kerana rancangan tersebut seringkali mengutip apa apa saja atau sesiapa sahaja yang pernah viral di media sosial untuk ditemuramah . Hampir semua instafamous dan individu individu yang pernah menjadi viral telah muncul dalam rancangan tersebut.

Azwan Ali telah terpilih untuk menjadi orang yang seterusnya yang dijemput untuk ditemuramah oleh motif viral. Namun semasa ditemuramah salah seorang dari pengacara motif viral telah perasan dan ingat behawa Azwan Ali pernah memuatnaik kenyataan di media sosial mengutuk rancangan motif viral dan hos rancangan tersebut didalam akaun instagramnya.



Salah seorang hos motif viral membelek kembali instagram Azwan Ali yang sebelum ini mengutuk motif viral dan Azwan Ali langsung tidak dapat berbuat apa apa namun beliau memberitahu bahawa jangan percaya dengan setiap apa yang beliau katakan di media sosial. Kesian Azwan Ali kantoi hahahah – ALert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!