Bakar 50 buah rumah tanpa sebab akhirnya ditangkap.

Pelik jika kita dengar bila seseorang dengan sengaja dan tanpa sebab membakar rumah orang lain tanpa sebab . Itulah yang terjadi pada sebuah tempat di Lahad Datu, Sabah yang mana dikatakan bahawa seorang lelaki telahpun membakar lebih daripada 50 buah rumah di kawasan tersebut akhirnya berjaya ditangkap oleh polis dan orang ramai.



Suspek dikatakan membakar rumah rumah mangsa dengan sengaja tanpa motif yang kukuh dan mungkin dalam keadaan tidak stabil dari segi mentalnya . Menurut komen beberapa orang netizen . Suspek dikatakan mungkin berada dalam pengaruh dadah dan berada dalam keadaan mabuk dan khayal sewaktu membakar rumah sendiri kemudiannya dikatakan bahawa kebakaran tersebut merebak kepada lebih 50 buah rumah.

Ada yang menerangkan bahawa lelaki tersebut adalah penagih dadah jenis syabu dan bergaduh dengan ahli keluarganya sebelum membakar rumah keluarganya sebelum merebak. Beberapa orang yang berada ditempat kejadian sewaktu lelaki tersebut ditangkap cuba menyerang lelaki tersebut namun berjaya ditahan oleh pihak berkuasa yang berada ditempat tersebut.



Netizen bersyukur dan berharap bahawa kes seperti ini tidak berlaku lagi selain berharap agar pihak berkuasa menbanteras penagih dan pengedar dadah di kawasan tersebut yang telah mengakibatkan kemalangan kebakaran yang ngeri tersebut supaya tidak berlaku lagi pada masa yang akan datang. Nasib baik polis ada kalau tak, memang lumat penjenayah tu agaknya. – Alert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!