Sebelum ini viral tentang party politik telah memberikan wang kepada penyokong mereka untuk meletakkan sticker Barisan Nasional di kenderaan mereka. Meskipun video tersebut agak kurang jelas , namun jelas terpampang bahawa sejumlah wang diberikan sebaik sahaja penyokong Barisan Nasional ditampalkan sticker party politik tersebut di kenderaan milik mereka sehingga menjadi viral di laman sosial.
Sebahagian dari netizen mengutuk tindakan tersebut kerana Barisan Nasional yang dulunya menganggap politik wang adalah melanggar etika party politik yang telah berkuasa sekian lama tersebut. Namun kini jelas ianya sudah melanggar etika party politik itu sendiri semenjak perpecahan yang berlaku dalam party politik tersebut beberapa tahun lepas kerana hilang persefahaman antara ahli politik dalam party tersebut.
Sebuah lagi video telah menjadi viral apabila beberapa orang individu mula menunjukkan rasa bangga dan merakamkan kegembiraan mereka menerima RM50 dari BN untuk berkempen dengan motosikal mereka. video menunjukkan beberapa orang lelaki yang menunggang motosikal telah menerima wang dan menunjukkan kepada orang ramai yang menonton video bahawa mereka telah menerima RM50 sambil menayangkan duit yang diterima mereka.
Video tersebut sekali lagi di kutuk teruk di media sosial kerana netizen menganggap mereka yang menerima wang begitu mudah tertipu dengan pemberian tersebut yang mungkin kelas akan menjurus kepada kerosakan negara Malaysia akibat dari tersalah pilih pemimpin pada PRU14 yang akan berlangsung 9hb mei ini. – Apa pandangan anda? – ALert TV MAlaysia
Reply