Sebelum ini beberapa kali viral tentang pekerja poslaju yang dikatakan agak kasar dalam menguruskan barang bagi pakej kapal terbang dan sebagainya . Pos laju dikatakan mengurus barang pelanggan mereka dengan membaling dan tidak diletakkan dengan behati hati meskipun dilekapkan dengan sticker fragile yang merupakan sticker dan tape untuk membezakan barang yang mudah pecah seperti barangan kaca.
Akan tetapi kali ini viral pula video pekerja poslaju sedang menguruskan barangan di sebuah tempat yang tidak dikenalpasti. Dilihat dalam video , pekerja pos laju tersebut telah membaling beberapa bungkusan barangan yang tiba disebuah tempat kedalam rak besi untuk dipunggahkan ke seuah tempat yang lain . Barangan tersebut dilihat seolah olah tidak diuruskan dengan rapi dan diuruskan dengan sambil lewa sahaja.
Akibat dari penyebaran video tersebut pelbagai netizen memberikan pendapat yang berbeza bagi permasalahan itu . Ada yang mengatkan poslaju sememangnya sambil lewa dalam menguruskan barangan pelanggan mereka sehingga banyak yang rosak dan hancur. ada juga yang mengatakan bahawa ianya merupakan perkara biasa kerana barangan yang dihantar terlalu banyak dan ianya mungkin akan melewatkan proses penghantaran sekiranya diuruskan dengan teliti.
Beberapa orang netizen turut memuatnaik beberapa keping gambar barangan mereka yang telah rosak akibat dari kecuaian poslaju menguruskan barangan mereka. Mereka tetap tidak berpuashati dengan pengurusan barangan poslaju namun mereka terpaksa menggunakan perkhidmatan tersebut kerana ianya satu satunya perkhidmatan yang mendominasi pasaran setakat ini. apa pandangan anda? – Alert TV
Reply