Beberapa produk terkenal dikenalpasti produk timbang kilo di Facebook berpotensi merosakkan buah pinggang.

Kini semakin banyak produk kecantikan yang viral di media sosial kerana produk kecantikan adalah antara produk yang mempunyai margin yang tinggi dan semakin ramai founder founder produk yang baru viral di media sosial sehingga mereka dapat menjana pendapatan yang tinggi . Namun produk produk ini sebenarnya dadah produk timbangkilo yang dikatakan mendatangkan kesan jangkamasa panjang yang agak teruk.



Seorang gadis telahpun mengumpulkan iklan produk produk yang dikatakan adalah produk timbang kilo di facebook . Tidak disangka bahawa beberapa produk tersebut adalah produk timbangkilo yang tidak didaftarkan oleh MAL dan KKM . Produk produk tersebut sememangnya telah viral di media sosial namun tiada sesiapapun mempersoalkan tentang produk tersebut sehingga posting gadis berkenaan telah viral di media sosial . Seorang dari founder produk yang diviralkan telahpun menyertakan surat daftar KKM dan MAL dan dibuang dari list tersebut.

Posting gadis berkenaan.
Ini advertisement (iklan) product Timbang Kilo,
Yang keluar kat newsfeed i. Tengok berapa ramai yang komen, First screenshot sampai 67,000 likes dan 11,000 orang minta PM.. Lagi satu 20,000 likes.
_
Ini ntah lulus KKM atau tidak.. Satu screenshot cakap makan 2 biji je sehari dah boleh jadi putih melepak macam Tiz Zaqyah, lagi satu promotion pula cakap ambil satu sachet sehari boleh jadi putih albino sampai nampak urat hijau.



Guna common sense la ladies.
Apa bahan yang dia orang guna dalam product tu sampai kasi kesan kalah product SK-II yang harga beribu?.. SK-II yang ada clinical trial dan research sendiri pun kita kena ambil bertahun² secara consistent untuk dapatkan kesan, Tapi product timbang kilo ni telan 2 biji seminggu dah putih.. Ini semua scam semata² nak curi duit kau.. Yang komen ni tunggu dah kena cancer tahap 4 atau buah pinggang tak berfungsi baru nak sedar..

Bayar Facebook ads tak sampai RM20 sehari,
Sekali ads dah boleh dapat untung 5000% sehari hasil jual product timbang, yang support pun bebal ghairah nak kulit flawless, Kesihatan lagi penting, Kalau laki nak curang, dia curang jugak. Nora Darish n Fasha Sandha yang hot tu pun kena cerai, Itu artist yang spend beribu sebulan untuk mereka punya kecantikan, Pun kena cerai.. Tak ada product yang boleh selamatkan rumahtangga kau.. ‘Founder’ dok ambil kesempatan dengan kejahilan orang awam.

Screenshot 2nd last.
Tengok sendiri orang buat product timbang kilo, modal bawah 1k pun dah boleh keluar product, of course, ini semua ada bahan terlarang, tak ada KKM tak ada clinical trial atau laboratory testing.



Ayat founder bengap:
‘Ambil 2 biji sehari je tau?’ / ‘Minum 2 kali sehari je tau?’ / ‘Confirm flawless sis’ / ‘Cik abang x cari lain sis’ / ‘Calit² dah boleh mengandung sis’ / ‘Keluar urat hijau sis’ / ‘Ada 100,000mg collagen sis’ / ‘Alamat kilang nanti saya kasi’ / ‘You Try Hard Sangat’

dan lain-lain .
_
Auni
EDIT: One screenshot removed. Owner provide MAL n KKM registration.











Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!