Perdana menteri merupakan jawatan tertinggi bagi Institusi negara Malaysia. Ramai netizen yang tertanya tanya tentang gaji dan elaun menteri menteri tertinggi di Malaysia. Jumlah yang sebenar masih belum diketahui ramai walaupun sudah banyak screenshot di laman internet tentang perihal gaji dan elaun menteri Malaysia .
Namun, di laman twitter telah menjadi viral apabila seorang yang sebelumnya dikatakan dibawah tahanan ISA iaitu Abdul Malek Hussin telah memuatnaik status di twitternya tentang perihal gaji dan elaun menteri di Malaysia . Sungguh tidak menyangkakan bahawa gaji dan elaun Perdana menteri Malaysia mencecah hingga 70 ribu ringgit. Akan tetapi sumber ini mungkin adalah tidak benar kerana tiada bukti khas dan sumber yang dikeluarkan oleh Malek Hussin.
Abdul Malek juga turut menyertakan elaun saraan YDP Agong Malaysia yang dikatakan mencecah jutaan ringgit. Di laman twitter beliau netizen bertanyakan sumber maklumat tersebut namun Malek Hussin tidak menjawab darimana dia mendapat sumber tersebut. netizen juga turut terkejut dengan gaji menteri menteri yang disebutkan yang begitu banyak.
Tidak dapat dikenalpasti samada benar atau tidak, namun jumlah gaji yang ditulis oleh Malek Hussin tersebut agak lumayan dan amat banyak.
Reply