Beli smartphone online , dapat sabun dan biskut.

Kini orang ramai lebih memilih untuk melakukan transaksi online untuk mendapatkan barangan dengan lebih murah. Ianya merupakan satu teknologi dan teknik pemasaran yang berkesan dan lebih efisyen yang menyebabkan harga barangan online menjadi jauh lebih murah berbanding barangan yang dijual di premis premis perniagaan atau kedai kedai yang berbentuk fizikal.



Namun kemajuan ini juga disertai dengan kelemahan yang wujud dalam sistem ini dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Oleh transaksi pemindahan wang adalah melalui bank . Kebiasaannya barangan yang dijual online tidak dapat dilihat dengan nyata mahupun disentuh menyebabkan ramai scammer yang tidak bertanggungjawab memanipulasi keadaan ini untuk melakukan pelbagai penipuan.

Viral di media sosial seorang lelaki yang meluahkan rasa kecewa apabila barangan online yang hendak dibelinya telah ditukarkan kepada biskut dan sabun buku . Menurut lelaki tersebut, beliau telah membuat pembayaran sebanyak rm690 untuk sebuah telefon pintar yang dibeli melalui laman sesawang mudah.my. Akan tetapi beliau berasa kecewa setelah barangan yang sampai adalah biskut dan sabun dan bukannya telefon pintar.



Lelaki tersebut memuatnaik kekecewaannya bersama beberapa keping gambar bukti untuk dijadikan pengajaran kepada netizen yang membeli barangan secara online memandangkan kes penipuan online telah banyak berlaku. Kebanyakan penipuan online ini dijalankan oleh individu yang tidak bertanggungjawab di Mudah.my dan laman sosial. Meskipun report polis sudah dibuat . Namun kes ini sememangnya dipandang sebelah mata oleh pihak polis.





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!