Kini tarian Panama kian popular di media sosial . semakin ramai yang memuat naik video tarian masing masing termasuk JPJ jururawat dan sebagainya . Ini menjadi perhatian para para alim di Malaysia untuk berkata kata dan meluahkan perasaan masing masing mengenai tarian tersebut yang kian viral di media sosial yang mungkin tidak bersesuaian dengan konsep ajaran islam. Seorang pelukis seni islam meluahkan pendapatnya di media sosial . :
BERHENTI UPLOAD DAN SHARE VIDEO WANITA BERJOGET TARIAN PANAMA
Kebelakangan ni dah ada satu trend kat media sosial, ramai yang pakat share video orang berjoget (bersenam katanya) menggunakan muzik Panama. Namun dalam video itu, ada wanita-wanita berpakaian ketat dan menari dengan lenggang-lenggok yang berlebihan, yang mana tak sepatutnya disebarkan oleh umat Islam.
Ya, mungkin ada sesetengah tu nak gunakan sebagai rujukan untuk senam robik kat dalam bilik sendiri, namun masih tidak menghalalkan kita menyebarkan secara terbuka wanita tidak menutup aurat berjoget sebegitu.
Kemudian, yang mana yang nak buat tarian tu pula, janganlah rakam, jangan upload dan jangan share kat media sosial. Jangan biarkan bukan mahram anda melihat susuk tubuh anda berlenggang-lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah. Jaga betul-betul imej anda sebagai wanita muslimah.
Kekadang sedih juga, melihat betapa hanyutnya masyarakat kita dalam hiburan, sehingga lupa akan batas-batas dalam ikhtilat, penjagaan aurat etc. Sehingga tanpa segan silu, beramai-ramai, rakam perbuatan masing-masing, untuk tatapan umum, sekali dengan aib-aib orang yang dirakam turut tersebar.
Bagi yang dah terakam atau terupload video panama challange korang, yang di dalamnya ada wanita berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, turut sama berjoget melenggang-lenggokkan tubuh badan menari mengikut rentak lagu, bolehlah slow-slow remove atau delete dari akaun Facebook masing-masing, sebelum page-page kaki Viral besar-besar kat Malaysia ni repost video korang.
Once page besar-besar ni dah repost, susah korang nak tutup balik aib korang, walaupun korang dah bertaubat sungguh-sungguh. So, better take action now. Delete awal-awal. Remove awal-awal.
Dan yang mana ada plan nak buat Panama Challenge kat office, tempat kerja, sekolah, atau kelas masing-masing, batalkanlah niat tersebut.
Nak bersenam boleh. Cuma kena jaga batas. Yang perempuan, buat secara tertutup tanpa bercampur dengan lelaki, dan jangan rakam, jangan upload, jangan sebar.
Semoga Allah membimbing kita semua dalam menempuh dugaan dan godaan hiburan melampau zaman sekarang. Insya-Allah..
Selain itu seorang lagi yang turut dikenali di Malaysia iaitu IMAM MUDA Fakhrul turut meluahkan pendapat yang sama dengan pelukis tersebut
“JOM BERPANAMA DANCE!!”
Ada orang mesej saya sambil menunjukkan video orang menari beramai-ramai di hospital dan pejabat-pejabat. Panama dance katanya. Sambil bertanya hukum.
Tepuk dahi juga saya melihatnya..
Saya kata. Menari ni banyak hukum. Wajib, Harus dan Haram..
Wajib kalau suami suruh.. Seronok dapat..pahala pun dapat..
Harus kalau sorang-sorang atau sama-sama kawan-kawan sejenis.. atau sesama mahram. Itupun kalau cara tarian dan tempat yang tidak menimbulkan fitnah.
Haram kalau menari dengan bukan mahram samada berdua atau beramai-ramai.
Orang kata pulak.. “Haram tang mana pulak ustaz oii!!”.. Oit..Tu yang kamu dok lenggok badan, pusing-pusing punggung,lompat terselak kain-kain tu tak jelas ke haramnya?. Perlu dalil Quran Hadith ke?.
“Alaaaahhhh…nak seronok lepas stress skit pun tak boleh!”… Apa kata kita seronok sampai masuk syurga. Confirm tak stress kat sana.??
Lagi satu janganlah buat caption.. “kami sudah berpanama dance ramai-ramai ni, korang bila lagi?”. Kita buat benda haram, jangan ajak orang lain sama ya. Buat trend tu biarlah trend yang kita dapat pahala, pahala orang lain pun kita dapat sama..
ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN BERMUDAH-MUDAH ..
Sempena Hari Wanita ni rasa nak berpanama dance je dengan isteri terchenta!!☺️☺️
Imam Muda Fakhrul
Reply