Berpuluh syarikat memaksa pekerja teruskan bekerja bakal didedahkan oleh pekerja sendiri.

Setelah keputusan larangan kerajaan berkuatkuasa sehingga 31 Mac ini difahamkan bahawa seluruh pejabat dan perniagaan tertentu telah diarahkan untuk tutup buat sementara waktu akibat dari penularan virus covid 19 yang semakin kritikal di Malaysia namun tanpa disedari masih banyak pihak majikan yang berkeras untuk beroperasi meskipun kawalan pergerakat telah diumumkan oleh kerajaan.



Viral di laman sosial apabila beberapa orang netizen telah mendedahkan bahawa mereka dipaksa bekerja meskipun arahan telah dikeluarkan dari kerajaan. Ini menimbulkan ketidakpuashatian mereka terhadap majikan dan tempat mereka bekerja namun mereka dipaksa berdiam diri dan diugut untuk berdiam diri oleh mejikan mereka.

Mereka akhirnya meluahkan perkara tersebut kepada media sosial dan telah memberitahu kepada Admin sebuah page TTKM yang dikatakan bakal menularkan nama syarikat syarikat yang tidak bertanggungjawab tersebut . TTKM memberi masa sehingga pukul 3 petang kepada syarikat yang masih memaksa pekerja mereka bekerja dan sekiranya syarikat tersebut masih berdegil ianya akan diviralkan dan akan diberitahu kepada pihak berkuasa.



Netizen menyokong tindakan tersebut berikutan dari majikan majikan tersebut yang tidak bertanggungjawab tanpa memikirkan hal perkerja mereka dan melawan segala arahan dan tindakan kerajaan untuk membendung wabak covid 19 . Netizen juga menggesa agar syarikat tersebut diambil tindakan oleh pihak berkuasa atas kedegilam merekan dan dikenakan tindakan berat akibat dari kedegilan yang boleh membawa Malaysia kearah yang lebih serius.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!