Beza chamber brand Tyga , R9 , SJR dan lain lain chamber di Kawasaki KRR150ZX

Motosikal 2 lejang sememangnya popular di Malaysia . Namun kini ianya telah ditamatkan hampir di semua negara di dunia kerana masalah pencemaran udara. Motosikal 2 lejang mempunyai pembebasan pencemaran udara yang amat teruk walaupun seperti yang sedia maklum kuasa 2 lejang adalah 2 kali ganda berbanding 4 lejang yang bersesaran yang sama.



Diakhir pengeluaran 2 lejang pengeluar masing masing mengawal emisi untuk memastikan motosikal keluaran mereka lulus ujian pencemaran udara. Yamaha , Kawasaki, Modenas berjaya melewatkan penamatan pengeluaran motosikal mereka kerana mereka mengawal pencemaran tersebut melalui Catalyzer(Yamaha), Secondary Air System (Kawasaki dan Modenas) namun akhinya ditamatkan juga pengeluarannya kerana peraturan yang semakin ketat.

Pengguna motosikal 2 lejang tidak berpuas hati dengan kuasa yang terpaksa dihadkan kerana undang undang yang dikeluarkan, jadi , untuk menambahkan kuasa 2 lejang , pengguna mula menggunakan exzos yang berbeza iaitu expansion chamber bagi 2 lejang yang meningkatkan kuasa secara drastik. Kelebihan expansion chamber juga selain dari dapat meningkatkan kuasa , ianya juga jauh lebih ringan dari exzos asal kilang yang jauh lebih berat dengan pelbagai teknologi penyenyap bunyi dan pengawal pencemaran.



Pelbagai pengeluar exzos masing masing mempromosikan produk mereka seperti TYGA , R9, SJR , KH Racing, AHM, YYPang dan sebagainya. setelah beberapa kajian mengenai exzos ini di Kawasaki RR , Alert TV akan menerangkan serba sedikit mengenai kelemahan dan kelebihan exzos ini mengikut brand yang berbeza. Alert TV juga telah menyenaraikan susunan ekzos ini sehingga terbaik.

NO 7 . KH Racing.
Ekzos KH racing merupakan ekzos yang agak popular digunakan oleh pengguna Kawasaki RR. Ekzos ini digunakan kerana exzos ini merupakan antara ekzos yang termurah dipasaran . Ekzos ini dikatakan amat berkuasa diawal RPM namun agak kurang kuasanyanya di hujung RPM. Harga KH racing adalah disekitar RM150 – 400

No 6 . AHM
AHM merupakan antara ekzos yang jauh lebih murah berbanding ekzos lain namun ianya kurang digemari kerana agak bising berbanding chamber yang lain . menurut pengguna exzos ini , AHM agak bersamaan dengan KH racing dari segi prestasinya yang lebih kuat pecutan berbanding hujung RPM. Harga AHM adalah disekitar RM150 – 300 mengikut jenis



No 5. YYPANG
YYPang sememangnya exzos yang popular sejak tahun 10 tahun sebelumnya lagi . YYpang juga amat digemari kerana harga yang murah dan amat senang untuk disetkan . YYpang juga amat berprestasi tinggi dari segi pecutan dan hujung namun bunyinya yang agak bising dihujung rpm. YYpang juga dikatakan mudah berkarat. Harga YYPANG adalah disekitar RM150 – 300 mengikut jenis.

No 4. DBS
DBS merupakan antara exzos yang popular di Indonesia dan Thai. Mengikut pengguna exzos DBS , DBS adalah agak sukar untuk di setkan namun mempunyai kuasa pecutan yang amat tinggi berbanding ekzos lain . Prestasi DBS adalah setanding dengan R9. DBS dijual sekitar 300 – 1200 mengikut jenis.

No 3. R9
Model exzos R9 adalah antara exzos yang tercantik dipasangkan di kawasaki RR . Setakat ini beberapa model R9 telah keluar dipasaran seperti R9 Mugello, R9 Carbon , R9 Valencia. R9 mempunyai bunyi yang agak nipis namun kuasa yang dihasilkan adalah hampir setanding dengan TYGA. R9 agak susah untuk disetkan mengikut pengguna R9 sendiri. Harga R9 adalah RM500 – 1200 mengikut jenis.

No 2. SJR
SJR Merupakan ekzos chamber RR yang jarang dikenali di Malaysia . namun ianya antara brand yang paling popular di Thailand. SJR dikatakan menggunakan meterial yang berkualiti tinggi dan exzos ini dikatakan dibuat dengan cermat. Namun tidak ramai yang memilih SJR kerana SJR dikatakan terlalu mahal. Kebanyakan SJR dikatakan digunakan untuk Drag sahaja. Harga SJR adalah rm300 – rm3000 mengikut jenis.




No 1. TYGA
Siapa tak kenal dengan TYGA . Tyga merupakan tuning company di europe yang bertapak di Malaysia dan Thailand . Tyga juga mengeluarkan beberapa jenis Chamber untuk Kawasaki RR . TYGA digemari ramai di seluruh negara kerana bentuk dan rekaannya yang menarik dan berprestasi tinggi. Harga TYGA bagi kawasaki RR adalah di sekitar RM1000 – 3000 mengikut jenis.

Mungkin ramai yang tidak setuju tentang list ini namun ini adalah survey yang dijalankan oleh pengguna kawasaki RR sendiri. Setting ekzos chamber juga penting untuk mendapatkan prestasi yang maksimum bagi setiap exzos. Jumpa setting, KH Racing pun boleh tapau TYGA . Betul tak? – Alert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!