Kini gejala sosial semakin menjadi jadi di Malaysia di kalangan remaja. Kebanyakan remaja mempunyai keinginan yang kuat untuk mencuba sesuatu yang baru menyebabkan mereka kadang kadang gagal untuk mengawal nafsu mereka yang membuak buat yang menyebabkan perkara yang lebih buruk berlaku kepada mereka yang mengakibatkan kes buang bayi dan sebagainya.
Kini pengaruh media seperti telivisyen dan media sosial turut mempengaruhi remaja untuk bercinta tanpa hubungan yang sah menyebabkan mereka bergelumang dengan dosa seperti berzina dan sebagainya . Mereka turut melanggar segala batas pergaulan antara lelaki dan wanita yang menyebabkan kini semakin banyak kes buang bayi dan kelahiran anak luar nikah dilaporkan .\
Viral di media sosial bahawa seorang netizen telah perasan dua orang budak sekolah bawah umur sedang bercumbu didalam kereta . Netizen tersebut kemudiannya mengambil keputusan untuk melihat sekali lagi perkara tersebut dan terbukti budak bawahan umur tersebut benar benar melakukan maksiat dengan bercumbu didalam sebuah kereta . Netizen tersebut turut menyergah tindakan budak sekolah tersebut.
Setelah beberapa ketika dilihat budak sekolah tersebut bergegas melarikan diri bersama teman wanitanya. Netizen pemilik video tersebut tidak mengejar budak sekolah tersebut dan beliau cuma menganggap perkara tersebut sebagai pengajaran kepada orang ramai. Menurut netizen, kes tersebut sememangnya agak normal dan kerap kali berlaku menyebabkan kini ianya hanya menjadi perkara biasa bagi budak sekolah atau pelajar sememangnya cukup membimbangkan.
Reply