Budaya tabur duit di mood republik , pengunjur pijak, tendang, tolak sesama sendiri demi RM1 dan RM5 yang ditabur.

Semestinya kebanyakan rakyat Malaysia telah mengenali mood republik yang dianjurkan beberapa kali setiap tahun di Malaysia di tempat tempat tertentu . Mood republik kini menjadi popular dan ramai orang berebut rebut untuk berkunjung ke sana kerana acara acara yang diadakan adalah menarik dan sering menjadi viral berikutan dengan kemunculan artis artis dan beberapa pengaruh artis media sosial.



Mood republik sering kali viral dengan acara utamanya yang sering dikutuk oleh netizen . Sebelum ini viral Dato Aliff Syukri menabur duit di mood republik dari atas pentas membuatkan ramai yang berada dibawah pentas berebut rebut sesama sendiri untuk mengutip wang yang ditabur didalam acara tersebut oleh pihak penganjur.

Acara ini kerap kali viral kerana ianya agak keterlaluan memandangkan ianya mungkin boleh melibatkan kecederaan kepada pengunjur yang berebut duit. Seringkali juga acara ini dikaitkan dengan zaman dajjal di media sosial oleh netizen tertentu yang sering mengutuk acara tersebut . Netizen turut mengatakan adalah lebih baik sekiranya wang tersebut dibahagikan dan bukan ditabur seperti yang dilakukan.



Meskipun begitu acara tersebut berkekalan hingga kini dan masih dikutuk dan dikecam di media sosial meskipun sekian lama ianya tidak disukai oleh netizen di media sosial . Walaubagaimanapun mungkin netizen mempunyai perasaan dengki dengan pengunjur mood republik tersebut . Siapa tahu kan? apa pendapat anda ? Alert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!