Akibat dari gagal untuk memujjuk party PAS untuk bersama Pakatan Harapan , kini Pakatan Harapan mula berkempen dan menyerang beberapa party utama Malaysia yang terdiri dari beberapa party besar seperti Barisan Nasional dan PAS . Meskipun masih tidak ada bukti sahih bahawa PAS kini bekerjasama dengan BN, Namun Pengurusi Pakatan Harapan, Tun Mahathir berterusan menyerang kedua dua party tersebut.
Sebelum ini Tun Mahathir mungkin mendapat sokongan ramai namun kejadian yang berlaku kelmarin mungkin menjadi punca kemarahan rakyat Malaysia kerana kelantangan beliau dalam ucapan beliau yang mengguris banyak rakyat Malaysia. Tun Mahathir menujukan dan menhentam Hadi Awang dan beberapa orang lain mungkin boleh diterima namun apabila Tun Mahathir telah menyebut “bukan mati syahid, tapi mati katak” kepada beberapa orang yang terlibat dalam sejarah Mamali pada tahun 1995 telah mencetuskan kemarahan netizen dan menjadi topik utama akhbar tempatan pada hari ini.
Perkara tersebut adalah suatu yang amat sensitif dan tidak sepatutnya diperkatakan oleh Tun Mahathir yang malah seolah olah menghina orang orang yang terlibat dalam tragedi Mamali yang mungkin akan terasa dengan kritikan dan penghinaan Tun Mahathir dalam ucapannya di Lembah Pantai.
Turut diikuti dengan gelak tawa dari penyokong Pakatan Harapan netizen turut berasa kecewa dengan penyokong Pakatan Harapan yang langsung tidak sensitif dengan isu tersebut dan seolah olah tidak menghormati mereka yang meninggal dunia . Video tersebut viral di media sosial dan telah mendapat ribuan komen dan share daripada netizen yang mengutuk tindakan Tun Mahathir menghina mangsa mamali. – Alert TV
Reply