“Burger nasi lemak… MANA NASI LEMAK BABI!”

Baru baru ini Mc Donald telah melancarkan produk makanan baru mereka iaitu sejenis Burger yang digelar Burger Nasi Lemak. Burger tersebut hangat diperkatakan di media sosial kerana Malaysia sememangnya terkenal dengan hidangan nasi lemak yang popular di merata dunia.



Untuk anda yang masih memendam rasa ingin tahu terhadap burger yang telah mencetus seribu satu drama ini, ini dia berita baik untuk anda: McDonald’s baru sahaja melancarkan Burger Nasi Lemak khas untuk peminat-peminat di Malaysia!

Majlis pelancaran Burger Nasi Lemak telah berlangsung semalam di McDonald’s Kota Damansara, di mana cawangan tersebut membuka jualan hidangan ini sehari lebih awal daripada cawangan-cawangan lain seluruh negara.



Burger Nasi Lemak sajian McDonald’s merupakan gabungan patty peha ayam dimasak dengan santan dan disalut cornflakes, beserta sambal, telur goreng, bawang tumis, dan hirisan timun

Namun, tular di media sosial sebuah video yang mencuit hati netizen apabila seorang lelaki merakamkan video beliau ke Mcdonald untuk membeli burger tersebut dan lelaki tersebut tidak berpuas hati kerana burger tersebut bukan Nasi lemak . Mungkin video tersebut agak serius namun ianya agak melucukan dan viral di media sosial kerana Burger Nasi lemak tak semestinya ada nasi lemak. Sape pernah try burger nasi lemak ni? best tak? – Alert TV




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!