Demam pilihanraya ke 14 semakin menjelma, Calon calon wakil masing masing membuat gerakan masing masing demi menakluki kawasan kawasan yang diamanahkan bagi party politik masing masing. Pelbagai gerakan dan ceramah boleh dilihat di media sosial berkenaan dengan politik dan PRU14 yang akan berlansung pada 9 mei ini.
Tular video di media sosial bahawa salah seorang wakil dari Barisan Nasional dan MCA telah berucap diatas pentas namun tidak dihiraukan seorangpun yang berada di tempat kejadian . Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan menara condong Teluk Intan, Perak yang dianggapkan mempunyai ramai rakyat Malaysia yang berbangsa cina.
Ceramah tersebut juga boleh didengar menggunakan bahasa cina dan orang orang di sekeliling juga kelihatan kebanyakan berbangsa cina yang lalu lalang dan membeli barangan makanan di sekitar kawasan ceramah tersebut. Menurut netizen penduduk di kawasan tersebut, mereka menjelaskan bahawa bangsa cina di kawasan tersebut sudah lama menolak MCA dan BN namun tidak pasti kesahihannya.
Video tersebut mula menjadi viral dan mendapat ribuan share apabila kebanyakan pekongsi video tersebut meletakkan kapsyen video tersebut “orang gila bercakap seorang diri” video tersebut menjadi tular kerana kapsyen tersebut dan menjadi bahan jenaka netizen yang mengganggap perkara tersebut melucukan dan ada juga yang meluahkan rasa simpati kepada lelaki yang berucap didalam ceramah tersebut.
Mungkin netizen akan menganggap Alert TV sebagai pro pembangkang namun Alert TV tidak menyokong mana mana parti politik ya. Alert TV cuma melaporkan insiden viral di media sosial . Apa pandangan anda – ALert TV
Reply