Tular di media sosial bahawa seorang wanita tua telahpun diviralkan seorang lelaki yang prihatin dan mengutuk keras tindakan seorang caloh BN yang dikatakan menjadi dalang kepada penipuan tanah wanita tua tersebut bersama anaknya. Menurut wanita tersebut , tanah yang dimilikinya itu adalah hasil tinggalan arwah suaminya yang kini dirampas tanpa pengetahuannya oleh seorang calon BN yang bernama Roshdi.
Menurut video tersebut , wanita tua itu menjelaskan bahawa tanah tersebut adalah dimilikinya beserta geran pada tahun 2015 namun pada tahun 2017 tanah tersebut telah ditukar milik kepada seorang lelaki yang bernama Roshdi dengan misteri namun surat pertukaran tanah tersebut dilihat ditandatangani oleh tanda tangan palsu.
Menurut wanita tua tersebut juga yang bersama anaknya didalam video, wanita tua tersebut turut mengatakan bahawa beliau tidak pernah ke pejabat tanah atau menandatangani apa apa borang yang berkaitan dengan pemilikan tanah tersebut dan menyedari tanah tersebut telah ditukar nama pada tahun 2017. Cukup menyedihkan lagi apabila wanita tua tersebut memberitahu bahawa tanah tersebut merupakan satu satunya tanah yang dimilikinya hasil tinggalan arwah suaminya.
Perakam video turut merakamkan sekitar rumah yang didiami oleh wanita tua tersebut bersama anaknya yang kelihatan agak daif dan menyedihkan . Di hujung video , sekeping gambar dimasukkan dan ditunjukkan bahawa lelaki yang bernama Roshdi yang dituduh mencuri dan memalsukan tandatangan tanah tersebut adalah seorang calon Barisan Nasional di Wakaf Bharu , Kelantan. Diharap calon tersebut boleh tampil untuk memberi keterangan sekirannya tuduhan wanita tua tersebut adalah tidak benar. – Alert TV
Reply