Cas tersembunyi Maybank didedahkan . Maybank hanya membenarkan 4 kali pengeluaran wang ATM percuma.

Maybank sememangnya bank internasional Malaysia yang terbesar dan mempunyai banyak cawangan di serata dunia. Maybank merupakan antara bank yang mempunyai paling banyak pelanggan atau penyimpan selain bank CIMB dan RHB bank. Sebelum ini tiada apa apa kenyataan dari orang awam mahupun bank Maybank berkenaan dengan cas rm8.48 tahunan yang dikenakan pihak bank kepada pengguna.



Namun viral di media sosial baru baru ini menerangkan tentang netizen yang perasan tentang cas yang dikenakan sebanyak rm8.48 dilihat ditolak dari akaun bank mereka . Setelah menyedari perkara ini berlaku , individu tersebut telah bertanya kepada pihak bank tentang cas tersebut dan pihak Maybank menerangkan kepadanya bahawa ianya adalah cas pengeluaran duit di Bank Maybank yang sebenarnya hanya percuma 4 kali sebulan .

Cas RM8.48 Maybank tersebut sebenarnya dikenakan tahunan untuk unlimited withdrawal atau pengeluaran bank di ATM tanpa had. Turut diterangkan oleh individu tersebut bahawa cas Maybank bagi setiap pengeluaran di ATM adalah sebenarnya RM0.50sen bagi setiap pengeluaran dan hanya 4 kali sebulan sahaja tanpa cas.



Turut diterangkan juga pengguna Maybank boleh membatalkan cas RM8.48 sen tersebut namun sekiranya dibatalkan, Maybank akan mengenakan cas rm0.50 bagi setiap transaksi selepas had transaksi 4 kali sebulan tersebut dipenuhi. Ramai netizen meluahkan pendapat masing masing dan menerangkan bahawa cas tersebut sebenarnya sudah lama namun tidak pernah diviralkan di media sosial .

Ada juga turut mengatakan bahawa bukan hanya Maybank mengenakan cas tersebut malah seluruh bank mengenakan cas tersebut juga. namun tidak dapat dipastikan kesahihannya. Selama ini ingat free , rupanya berbayar jugak pengeluaran duit kat bank ni ye ? – ALert TV.






Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!