Christiano Ronaldo buang mikrofon pemberita Israel dalam sungai.

Demam piala dunia menjelang tiba kini kehangatan sukan bolasepak membanjiri seluruh dunia. Siapa tidak kenal dengan pemain bolasepak dunia Christiano Ronaldo dan Messi yang merupakan pemain rival yang terkenal dengan peminatnya yang sering bertelagah membuktikan siapa lebih baik dalam setiap permainan , perbuatan dan sebagainya.



Beberapa hari lepas viral video ketibaan Christiano Ronaldo dan Messi di sebuah tempat yang dikatakan merupakan hotel bagi kedua dua pemain bolasepak popular tersebut menetap untuk bersedia dan beraksi dalam kejohanan piala dunia Fifa WorldCUP 2018. Kedua duanya disambut baik oleh wartawan dan peminat yang mengelilingi kawasan tersebut menanti ketibaan bintang bolasepak terkemuka itu.

Namun 2 situasi berbeza berlaku antara layanan Christiano Ronaldo dan Messi kepada peminat merekan menjadi viral di media sosial apabila Christiano Ronaldo menolak seorang peminat untuk mengambil gambar swafoto bersamanya . Messi walaubagaimanapun melayan penuh kerenah peminatnya untuk mengambil gambar dan kelihatan nampak lebih mesra bersama peminat berbanding dengan Christiano Ronaldo.



Video tersebut menjadi viral menunjukkan keburukan Christiano Ronaldo melayan peminat berbanding Messi , Namun beberapa orang netizen menjelaskan bahawa Christiano Ronaldo sememangnya sejak dari dulu tidak suka dengan bangsa Israel yang sering melakukan kekejaman dan tidak melayan mana mana peminat atau warga israel sendiri . peminat tersebut yang cuba berswafoto dikatakan berbangsa israel.

Akibat dari video tersebut yang viral , Peminat Christiano Ronaldo masing masing memuatnaik video Christiano ronaldo yang membaling mikrofon seorang wartawan israel yang dipuji oleh netizen yang percaya Christiano Ronaldo membenci israel dan kekejamannya.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!