COVID 19 : Poslaju poslaju minta sedia sanitizer dan maklumat.

Tularnya covid 19 yang semakin merebak di Malaysia , Pos laju mengambil tindakan untuk mengubah dasar polisi mereka atas disebabkan bahayanya wabak tersebut yang kian menular di seluruh dunia dan langkah pencegahan perlu diambil untuk memastikan wabak tersebut tidak tersebar kepada orang ramai dan juga staf staf poslaju yang seringkali berhadapan dengan pelanggan.



Menurut pengumuman poslaju yang baru sahaja disiarkan , Pihak poslaju menggesa supaya pelanggan menyediakan hand sanitizer dan penutup muka bagi bertemu dengan staf staf pos laju yang menghantar barangan ke rumah mereka . ini adalah kerana untuk mengelakkan jangkitan corona virus yang semakin menular di negara ini yang kini telah menjangkau lebih 500 kes di Malaysia

Poslaju turut mengenakan polisi baru tentang perkhidmatannya yang diubah sementara iaitu tidak menggunakan tandatangan untuk mengambil barangan yang di pos supaya tidak ada proses sentuhan sewaktu berurusan dengan pihak staff poslaju dan orang awam. selain itu pelanggan juga dinasihati supaya menjaga jarak antara staff poslaju sewaktu membuat urusan di pejabat pos.



Rata rata netizen ramai yang bersetuju dengan kenyataan poslaju tersebut yang mengambil langkah yang drastik untuk membantu kerajaan untuk mengelakkan tularnya wabak coronavirus. Polisi terbaru juga adalah jauh lebih mudah dengan polisi sebelum ini kerana tidak perlu lagi menggunakan tandatangan dan hanya dengan menggunakan dan menyebutkan nombor kad pengenalan sahaja.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!