Pada waktu ini sungguh ramai penjenayah yang berleluasa meragut wanita mahupun lelaki . Mereka ini kebiasaannya berada dalam pengaruh dadah yang mungkin menyebabkan mereka menjadi lebih berani dan tidak dapat berfikir dengan waras dan mengikut nafsu dan emosi sahaja. Namun lain pula yang terjadi apabila kes satu lagi kes ragut menjadi viral di laman sosial.
Video tersebar apabila seorang wanita telah memviralkan seorang budak sekolah yang cuba untuk meragut telefon milik wanita tersebut namun gagal dan berjaya ditangkap oleh wanita tersebut dan orang orang yang berada di sekeliling . Menurut wanita tersebut peragut itu adalah seorang budak sekolah . Ini cukup mengejutkan kerana tidak pernah lagi kita dengar behawa budak semuda itu terlibat dalam kegiatan ragut.
Wanita tersebut berjaya memegang budak tersebut dari terlepas dan budak tersebut masih mencuba untuk melarikan diri . Jika dilihat dengan cara dan riak wajah budak tersebut . Jelaslah bahawa budak tersebut pernah melakukan kegiatan yang sama dan mungkin sebelum ini budak tersebut berleluasa melakukan ragut di kawasan tersebut . Namun kali ini beliau tertangkap kerana beliau hampir dilanggar kenderaan sewaktu melarikan diri dengan bahan ragut.
Netizen megutuk keras tindakan budak terbabit dan menggesa agak budak seperti itu diberikan hukuman yang setimpal atau keras terhadapnya kerana budak tersebut kelihatan sinis meskipun ditangkap . Tiada tanda rasa bersalah di riak wajah budak tersebut malah lebih teruk lagi budak tersebut masih cuba untuk melawan .
Reply