Baru baru ini setelah bertukarnya kerajaan BN kepada PH, PH atau pakatan harapan telah mengambilalih hutang yang bernilai lebih dari 1 trillion ringgit yang diwarisi dari kerajaan sebelumnya ianitu kerajaan BN . Ini menyebabkan banyak manifesto kerajaan pakatan Harapan terpaksa ditangguhkan berikutan dengan hutang negara yang terlampau tinggi.
Meskipun begitu , kerajaan pakatan harapan dihentam teruk di media sosial oleh cybertrooper pembangkang terbaru iaitu cybertrooper BN yang mengatakan bahawa pakatan harapan menipu dan tidak mengotakan manifesto mereka dan mengubah banyak manifesto mereka. Meskipun telah diberitahu bahawa hutang negara menjadi punca banyak manifesto tidak dapat ditunaikan , Namun cybertrooper masih menyerang kerajaan Pakatan Harapan yang baru.
Kelmarin media tempatan seperti astro dan beberapa media lain telah melaporkan bahawa Tun Mahathir telah berjumpa dan meminta pinjaman dari negara jepun iaitu dari perdana menteri Jepun ,Shinzo Abe. kesan dari berita ini , cybertrooper telah megeluarkan pelbagai teori dan memutarbelitkan fakta untuk memburukkan Tun Mahathir yang kini menjadi perdana menteri baru Malaysia.
Astro Awani telah mengeluarkan satu penerangan mengenai pinjaman tersebut memandangkan ramai netizen yang menyamakan tindakan Tun Mahathir dan Najib Razak yang sebelum ini telah meminjam dan membayar dengan kadar bunga 7%. Namun sebenarnya kadar pinjaman dengan negara jepun adalah ternyata terbukti dapat mengurangkan bunga faedeh kepada bawah dari 1% dan akan membuatkan hutang negara jimat 50 billion .
Reply