Kebelakangan ini , sememangnya kebanyakan individu tidak lagi mementikan adab dan tanggungjawab sesama insan . Ianya boleh dilihat dengan pelbagai video video viral di media sosial yang membuktikan bahawa pada zaman yang kian moden ini adab dan kelakuan yang sempurna tidak lagi dititik beratkan sehingga ianya kini telah hampur luput meskipun seringkali dipesan di radio radio dan kaca telivisyen.
Ini semakin terbukti apabila berlakunya huru hara di dewan rakyat apabila menteri menteri sendiri yang sepatutnya menjadi pemimpin di Malaysia kini telah menjadi seperti badut sarkas dan mengeluarkan kenyataan kenyataan yang biadap dan tidak sepatutnya di kaca mata telivisyen dan dewan rakyat yang ditonton oleh ribuan rakyat Malaysia yang mungkin memberikan kesan yang buruk kepada golongan muda.
Namun apa yang menjadi viral pada hari ini adalah seorang wanita yang kelihatannya sedang mengandung menaiki LRT di Malaysia. Kelihatan dengan penumpan yang sesak , Wanita tersebut tidak dapat untuk duduk dimana mana tempat berikutan dengan LRT yang penuh dan sesak dengan manusia dan wanita tersebut terpaksa berdiri sahaja sewaktu menaiki kenderaan awam tersebut .
Orang ramai yang melihat wanita hamil tersebut langsung tidak memberikan apa apa reaksi positif mahupun memberikan tempat duduk kepada wanita tersebut sehinggakan seorang kanak kanak bangun dan memberikan tempat duduk kepada wanita tersebut . Ianya menjadi viral di laman sosial apabila seorang kanak kanak lebih prihatin daripada orang ramai yang lebih dewasa yang langsung mementingkan diri sendiri dan langsung tidak memberikan tempat duduk kepada wanita hamil tersebut.
Reply