Datang 12 orang tunjuk taiko . rampas kereta, Anggota ATM dikehendaki.

Kalau dulu geng penarik kereta boleh menarik kereta dengan sesuka hati sahaja namun kini undang undang telah berubah memandangkan kebanyakan dari orang orang yang bekerja seperti ini sering melakukan dan mencederakan pemilik kenderaan yang perlu ditarik. Undang undang terbaru menjelaskan bahawa sebarang urusan tarik kereta mestilah bersama polis atau dengan report polis .



Namun ada lagi yang masih cuba untuk “tunjuk taiko” dengan datang bersama beberapa orang untuk menarik kereta . Viral sebuah video dilaman sosial apabila seorang lelaki memuatnaik video beliau terpaksa menyerahkan kereta yang disambung bayar olehnya tanpa apa apa pampasan . Lelaki tersebut memberitahu bahawa beliau menyambung bayar kenderaan tersebut menggunakan broker atau orang tengah yang meguruskan proses sambung bayar kereta tersebut dari seorang anggota tentera Malaysia.

Namun lain pula yang terjadi apabila setelah beberapa bulan membayar kenderaan tersebut , Anggota ATM tersebut telah mengambil kembali kereta tersebut dengan paksaan . Anggota ATM tersebut telah datang bersama beberapa orang longkai untuk mengambil kereta tersebut dan tidak memberikan apa apa pampasan yang dijanjikan .



Menurut mangsa . Anggota ATM tersebut sepatutnya membayar sebanyak RM9000 berikutan dari cukai jalan kenderaan tersebut yang dah dibayar dan dicampur pula dengan bayaran bulanan mangsa dalam tempoh sambung bayar sebelum diambil balik kereta tersebut, Namun anggota ATM tersebut hanya mengambil kereta tersebut dengan menggunakan kekerasan semata mata.

Anggota ATM Tersebut dikutuk teruk oleh netizen yang bersepakat untuk mencari longkai dan beberapa orang yang terlibat dalam mengambil kereta tersebut yang diviralkan oleh mangsa kejadian . Meskipun Kes sambung bayar adalah salah disisi undang undang namun kes tersebut dikatakan masih boleh dianggap penginayaan kepada mangsa kes tersebut.




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!