Beberapa hari lepas tular di media sosial Dato Aliff Syukri berkongsi resipi ayam percik yang mahu diberikan kepada isterinya Datin Syahida.
Namun, bukan perkara itu yang menjadi perhatian dan perbualan netizen namun yang menjadi bualan ialah lokasi beliau memasak dan membuat perkara tersebut yang agak janggal.
Menerusi video berdurasi kurang daripada dua minit itu memaparkan usahawan itu sedang menyediakan makanan tersebut di dalam sebuah tandas di kediamannya. agak pelik dan menggelikan bukan?
Aliff yang mengenakan baju berwarna biru dilihat begitu teruja berkongsi cara penyediaan dan memasak resepi tersebut kepada umum.
Lebih mengejutkan selepas selesai memasak, Aliff dilihat turut menjamah makanan berkenaan di dalam tandas tersebut dengan penuh berselera tanpa mengira bahawa tempat beliau makan dan memasak adalah tandas iaitu tempat yang kotor untuk melakukan perkara tersebut
Rakaman yang tular itu menerima pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa loya dan geli melihat cara penyediaan makanan berkenaan. Munkin tandas yang digunakan agak bersih namun ianya masih dianggap sebagai tempat yang meloyakan dan menggelikan untuk menjamah makanan
Ekoran terkesan dengan perkara itu, Aliff dilihat tidak berdiam diri sebaliknya tampil menjelaskan perkara sebenar bagi mempertahankan diri dan menjaga nama baiknya. Seperti biasa Aliff berkeras bahawa tindakannya betul dan menyalahkan netizen yang suka mengecam beliau.
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan terhadap sikap segelintir netizen yang suka melemparkan tohmahan negatif terhadap dirinya.
Seorang netizen memberi nasihat bahawa dijadikan rumah syaitan di dunia ini iaitu tandas.
Reply