Dato viral tibai pengawal parking belanja makan pengawal yang dibelasah setelah viral.

Baru baru ini viral seorang lelaki yang berpangkat dato dikatakan telah memukul dan menghina seorang pengawal parking kerana tidak mengikut kehendaknya dan tidak menghormatinya yang berpangkat dato. Walaubagaimanapun kejadian tersebut telah dirakam CCTV yang menjadi viral di laman sosial setelah tiada tindakan yang diambil terhadap lelaki berpangkat dato tersebut meskipun report polis telah dibuat.



Kejadian tersebut menjadi viral di laman sosialdan menerima kecaman negatif dari netizen yang tidak berpuashati dengan lelaki yang berpangkat dato tersebut sehingga maklumat lelaki tersebut mula disebarkan di media sosial berikutan dari pengawal tersebut yang tiada pembelaan dari mana mana pihak bertanggungjawab. Ini mungkin memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap lelaki berpangkat dato tersebut.

Namun untuk mengelakkan kejadian menjadi lebih keruh setelah berita dan identiti lelaki berpangkat dato disebarkan, Lelaki tersebut telah mengambil keputusan untuk berjumpa dan memohon maaf semula terhadap pengawal parking yang beliau belasah dan belanja pengawal parking tersebut makan di sebuah restoran mewah. Kejadian tersebut dirakamkan dan disebarkan di media sosial mungkin untuk membersihkan nama dato tersebut dari tercemar.



Netizen walaubagaimanapun mengganggap bahawa dato tersebut hanya meminta maaf untuk membersihkan namanya dan bukan dari hati yang ikhlas. netizen tetap berpuas hati meskipun mengganggap demikian kerana kuasa viral terhadap perkara tersebut telah menyebabkan dato tersebut akhirnya memohon maaf atas perbuatan beliau terhadap pengawal parking tersebut.

\




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!