Viral di media sosial apabila dikatakan seorang lelaki yang merupakan diplomat Israel datang ke Putrajaya. Ini menimbulkan kemrahan netizen kerana Israel dikatakan tidak memiliki hubungan diplomatik dengan Malaysia tersebut berjaya memasuki tanah Malaysia dan dikatakan berada di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Diplomat dari Israel tersebut dikatakan datang untuk bertemu dengan Pegawai Malaysia.
Diplomat Israel jejak kaki kali pertama di M’sia”
Untuk kali pertama sekumpulan diplomat Israel tiba secara rasmi di negara ini ketika Putrajaya dan Tel Aviv tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik.
Kementerian Luar Israel mengesahkan kunjungan diplomat terbabit baru-baru ini, lapor The Times of Israel.
Jurucakap Kementerian Luar Israel Emmanuel Nahshon berkata diplomat negara Zionis itu menghadiri satu persidangan berkaitan petempatan manusia yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.
Katanya delegasi itu diketuai Timbalan Duta Israel ke PBB, David Roet (gambar), dan mereka menyertai persidangan Program Petempatan Manusia PBB – atau dikenali sebagai UN-Habitat.
Sebelum ini stesen televisyen Israel, Hadashot TV, melaporkan delegasi kerajaan Zionis itu turut disertai bekas menteri, Ofir Pines, serta pegawai-pegawai kanan lain.
Kenyataan Nahshon kemudian mengesahkan laporan awal stesen TV terbabit.
Hadashot TV melaporkan Putrajaya terikat untuk menerima kemasukan warga Israel terbabit kerana untuk membolehkan persidangan itu diadakan, semua delegasi mesti diberikan visa.
“Roet memasuki Malaysia dengan pasport diplomatik Israel, menyertai persidangan berkenaan bersama wakil lain dari Israel, serta bertemu pegawai Malaysia,” kata kenyataan Kementerin Luar Israel yang dipetik The Times of Israel.
Malaysiakini sedang cuba mendapatkan kenyataan daripada Wisma Putra berhubung laporan berkenaan.
Sementara itu semakan Malaysiakini pada akaun Twitter Roet menunjukkan dia melalui pengalaman menggembirakan sepanjang tempoh berada di negara ini.
“Pengalaman unik untuk diplomat Israel melawat #Malaysia. Saya menyimpan harapan tinggi untuk kedua-dua negara menjalin hubungan baik pada masa depan,” kata salah satu ucapannya.
Roet juga berkata : “(Saya) menemui banyak persamaan antara orang Malaysia dan Israel. Sebuah masyarakat berbilang wajah dari latar belakang berbeza bekerjasama untuk masa depan lebih baik.”
Di sebalik tiada hubungan rasmi antara Putrajaya dan Tel Aviv rakyat negara itu biasanya dibenarkan memasuki Malaysia.
Data rasmi diterbitkan Biro Statistik Pusat pada 2014, lapor The Times of Israel, menunjukkan hubungan dagang kedua-dua negara berkembang walaupun dalam keadaan berhati-hati.
Nilai dagangan antara kedua-dua negara dianggarkan sebanyak AS$1.5 bilion (RM5.9 bilion) setahun.
Laporan tersebut adalah dari portal online terkenal iaitu KinitV . Akibat dari penyebaran berita ini kerajaan mendapat hentaman teruk dari netizen yang tidak berpuas hati dengan kemasukan diplomat Israel tersebut kerana Israel sememangnya terkenal dengan kekejamannya di bumi Palestine terhadap umat Islam di dunia.
Reply