Jika sebelum ini viral video Tun Mahathir berbual dengan cucunya yang membuatkan ramai netizen sebak dan terasa dengan video tersebut kerana Tun Mahathir menangis untuk memperbaiki Malaysia, Kali ini viral pula Tun Mahathir berucap di sebuah tempat di Dungun , Terengganu. Dalam ucapan tersebut. Tun Mahathir minta maaf kepada orang ramai kerana kesilapannya yang dahulu.
Didalam video tersebut kelihatan Tun Mahathir berucap sebagai usaha beliau sebagai pengerusi Pakatan Harapan sambil meminta Maaf kepada orang ramai mengatakan bahawa disebabkan kesilapan beliau yang dululah, kini, Dato Seri Najib Razak berkuasa sebagai Perdana Menteri Malaysia yang mendapat sokongan dari penyokong beliau di tempat tersebut.
Penyokong Tun Mahathir melaungkan bahawa “semua orang ada membuat silap , Hidup Tun Mahathir!” sebagai tanda sokongan kepada pengerusi Pakatan Harapan tersebut. Mahathir turut memberitahu bahawa beliau memegang jawatan sekarang dan masih berusaha dalam bidang politik kerana beliau berusaha untuk memperbaiki kesilapan beliau yang lepas dan beliau berusaha untuk memperbaiki Malaysia sekadar yang mampu.
Video ucapan Tun Mahathir tersebut menjadi viral di media sosial sehingga ianya mendapat ratusan ribu tontonan di laman sosial youtube , twitter dan facebook. Netizen berpendapat bahawa Tun Mahathir mungkin benar sedang berusaha menyelamatkan Malaysia dari golongan kleptokrasi namun ada juga sebahagian penyokong party kerajaan yang menolak dan menganggap Tun Mahathir cuma gilakan kuasa.
Reply