Doktor dedah Neelofa jadi duta produk ‘sampah’ dan menipu.

Seorang doktor dedahkan Neelofa sanggup menipu demi duit. Doktor tersebut mendedahkan secara saintifik bahawa ubat tinggi yang terpampang di instagram yang dipromosikan oleh akaun Neelofa sendiri merupakan sesuatu yang tidak logic dan bukan ianya sesuatu yang mustahil untuk meningkatkan ketinggian dengan mudah.



Neelofa ni sangat cantik kan. Kalau boleh pilih, saya pun teringin nak rupa dia. Untung dia dapat anugerah Allah.

Tapi tulah kan. Neelofa dah macam tersilap langkah. Dia promosikan produk nak tinggi. Aduh. Ni macam Neelofa tak pernah belajar sains pula. Padahal dia ni cerdik katanya. Takkan demi duit, tetiba jadi tak bijak.

Neelofa, meh akak kasi tahu. Manusia mencapai tinggi maksimum masa umur belasan tahun. Lepas tu plat dekat tulang panjang akan tertutup pada usia lebih kurang 20 tahun. Kita takkan tinggi dah. Telan lah segala produk tu, takkan punya. Buat lah senaman regangan ke, bergayut kat pokok ke, melompat bintang 1000 kali pun tak mungkin buat kita meninggi.



Akak dah tengok kat MediQuest. Produk ni tak berdaftar sebagai ubat. Pada hemat akak, produk ni di bawah kelas makanan. Jadi kalau Neelofa fikir dengan logik, takkan lah minum produk ni boleh buat kita makin tinggi. Jenis makanan saja kan. Macam kita makan nasi la. Tak ada bahan aktif dalam produk ni, maka macam mana secara biokimianya produk tu boleh bertindak seperti tuntutan yang dikatakan.

Kalau produk ada bahan aktif, mesti berdaftar dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara bawah kategori A iaitu ubat terkawal. Tu doktor perubatan saja yang boleh preskripsikan, macam akak la sebab akak bertauliah dan berlesen. Nak masuk bawah kategori X, ubat yang boleh dibeli di kaunter macam tak masuk akal sebab gah sangat fungsi dia.

Tinggi kita ni ditentukan oleh 80% secara genetik. Neelofa dah tak boleh tinggi tapi Neelofa boleh pilih untuk berkahwin dengan lelaki tinggi. 6 kaki ke atas ke. Ada lah peluang untuk anak-anak Neelofa nanti tu tinggi. Cuma masalahmya gen yang mengawal tinggi ni bukan 1 saja. Ada banyak dan susah nak tentukan ekspresi gen-gen tu. Arwah atok akak tinggi orangnya. Tapi akak ni kemetot saja. Gen yang nak bagi tinggi tu taknak keluar. Jadi, tak mengapalah. Akak bersyukur lah walaupun akak ni pendek.



Neelofa, mungkin apa akak tulis ni takkan sampai kat Neelofa. Maklumlah status Neelofa di dalam masyarakat tu jauh sangat dari akak. Akak rakyat marhaen saja. Tapi harap sangat, sebagai selebriti yang punya jutaan peminat, lain kali Neelofa janganlah rendahkan martabat Neelofa sampai jadi duta produk yang akak panggil sampah ni.

Sekian…

Dr. Rusyainie Ramli
Saya pendek, gelap, dan tak lawa. Tapi Allah bagi saya sikit otak bergeliga, ok dah tu. Alhamdulillah. Dan kemampuan nak bebel tahap akak bawang.



Terpulanglah kepada anda yer ? anda rasa bagaimana?




Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!