dsadasdas

Viral di media sosial video satu sebuah ucapan Najib Razak yang diadakan di Tunjong Kelantan baru baru ini . Walaubagaimanapun video tersebut dikutuk teruk dan Netizen mengatakan bahawa Dato Seri Najib Razak atau perdana menteri Malaysia ditipu hidup hidup oleh kerajaan cina.



Ini adalah kerana Najib menerangkan bahawa tujuannya menggunakan kontraktor dari cina adalah kerana kerajaan china menawarkan hutang yang tinggi dan kadar faedah yang rendah selain dari hutang tersebut tidak perlu dibayar dalam masa 7 tahun. Datuk Seri Najib Razak menjelaskan kontraktor dari China dipilih untuk membangunkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana kerajaan negara itu memberikan pinjaman 85 peratus daripada nilai projek dan kemudahan tempoh bayaran balik pinjaman selepas 7 tahun.

Kata Najib, pinjaman itu juga dikenakan kadar faedah yang terendah di dunia.

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong Kelantan baru baru ini.



Walaubagaimanapun ianya dikutuk netizen kerana berhutang sememangnya tidak boleh dijadikan alasan untuk memberikan projek tersebut kepada kontraktor china begitu sahaja. Selain itu netizen juga menegaskan bahawa hutang tersebut bakal dibayar oleh rakyat yang akan semakin tertekan dengan peningkatan harga barangan yang diimplementasi pelbagai cukai untuk membayar hutang kerajaan. Netizen juga menganggap bahawa ianya merupakan taktik kerajaan cina untuk menipu Malaysia berhutang dan mereka berjaya.





Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!