Kini dunia dua roda semakin popular di Malaysia. Dulu mungkin ianya tidak berapa popular kerana kos untuk memiliki motosikal berkuasa tinggi adalah amat besar dan kesukaran untuk mendapat alat ganti menjadi sebab utama kenapa motosikal berkuasa tinggi tidak sepopular pada hari ini. Kini jual pelbagai pinjaman telah disediakan bagi mereka yang ingin memiliki motosikal berkuasa tinggi.
Kini pelbagai pilihan dari pelbagai jenama boleh dilihat di media sosial dan kedai kedai menjual motosikal berkuasa tinggi . Ramai yang bertanya samada motosikal berkuasa tinggi ini berbaloi atau tidak dan bagaimana dengan ketahanan jentera tersebut. Beberapa majalah permotoran di eropah telah membuat kajian mengenai ketahanan motosikal dari pelbagai jenama untuk pengguna bagi memilih jenama motosikal kegemaran mereka.
Mungkin anda tidak akan menyangka bahawa motosikal berkuasa tinggi dari eropah mempunyai ketahanan yang agak teruk. 4 dari 5 majalah permotoran yang membuat kajian tentang hal tersebut bersetuju bahawa motosikal buatan eropah adalah teruk dari segi ketahanannya berbanding dengan motosikal daripada jepun .
Majalah ini telah bersepakat menyenaraikan ketahanan motosikal antara jenama janama terkemuka dunia dan mandapat keputusan bahawa Ducati memiliki ketahanan yang paling teruk. Ianya adalah kerana Ducati direka dengan kompak dan rumit. 90% daripada pengguna Ducati mengalami kerosakan setelah 4 tahun memiliki jentera Ducati. Kos membaiki jentera tersebut juga agak mahal berbanding dengan jenama jepun kerana ruangan jentera Ducati yang amat sempit dan sukar untuk menukarkan bahagian bahagian alatganti tanpa membuang bahagian lain terlebih dahulu.
Mungkin anda tidak akan menjangkakan bahawa Ducati sememangnya boleh rosak meskipun tidak ditunggang dan berada dalam garaj sahaja. Akan tetapi kini Ducati lebih kuat ketahanannya dari jentera Ducati lama. Namun begitu ramai yang menjelaskan bahawa jika anda memiliki Ducati , walaupun bermasalah , anda tidak akan menukarkan ke jenama yang lain. Ducati mempunyai karekter unik tersendiri yang menjadikan ianya popular meskipun bermasalah.
Terletak pada nombor keempat adalah BMW . Jentera BMW sememangnya jentera yang jarang digunakan oleh orang ramai . Namun ianya merupakan brand motosikal yang popular akan tetapi memiliki kadar kerosakan yang amat teruk selepas Ducati . 60% dari pengguna BMW mengalami kerosakan pada jentera mereka setelah penggunakan selama 4 tahun.
Pada nombor ketiga pula adalah Honda . menurut beberapa sumber, 20% dari pemilik jentera Honda mengalami kerosakan pada jentera mereka pada 4 tahun penggunaan jentera mereka . Mungkin dilihat jumlah ini adalah jauh lebih sedikit berbanding Ducati dan BMW namun ianya tidak menjadi masalah bagi kebanyakan pengguna Honda.
Kedua , Kawasaki merupakan jentera yang popular bagi kelajuan . Kebanyakan jentera Kawasaki mempunyai Top speed yang tertinggi dikalangan kelasnya. Kawasaki merupakan jenama yang popular di jepun dan mempunyai 15 % kadar kerosakan setelah digunakan selama 4 tahun . Meskipun alatganti Kawasaki agak mahal, namun ianya berbaloi dengan ketahanannya.
Ketahanan tertinggi terletak pada YAMAHA , mungkin anda tidak sangka dengan kemampuan Yamaha namun menurut kajian mengatakan bahawa jentera Yamaha antara jentera yang peling tahan dengan kadar kurang dari 14% kadar kerosakan setelah penggunaan selama 4 tahun . Mungkin berbeza dengan jentera kapchai Malaysia yang lebih bermasalah . Namun ianya sememangnya membanggakan bagi Yamaha.
Aprilia dan beberapa jenama eropah yang lain turut dikatakan tidak mempunyai ketahanan seperti jentera jepun yang lain. mungkin adalah kerana kuantiti mereka yang agak sedikit dan kompak menyebabkan jentera tersebut tidak setanding jentera jepun yang dibuat secara mass production.
Reply