Semestinya ramai yang mengetahui mengenai Ducati yang merupakan pengeluar kepada motosikal berkuasa tinggi eksklusif dari Itali dengan jentera keluaran Syarikat tersebut yang amat Mahal harganya dan lebih eksklusif kerana sebahagian dari jentera buatan jenama tersebut adalah buatan tangan dan berbeza dengan jentera yang kelas yang sama dari jepun yang dibuat dengan menggunakan mesin tertentu.
Pada tahun 2001 Ducati telah mengeluarkan sebuah jentera yang agak unik dan sukar untuk didapatkan kerana jumlah yang dikeluarkan agak sedikit dan eksklusif iaitu hanya 2000 unit. Jentera tersebut adalah Ducati MH900 evoluzione yang kini meningkat harganya berikutan dengan jumlah jentera tersebut yang agak sedikit sahaja di dunia. MH900 Evoluzione adalah sebuah Ducati yang dicipta menggunakan design retro look dan seperti jentera 1960-an walaupun jentera tersebut sebenarnya lahir pada tahun 2003.
Dilengkapi dengan enjin 904cc dari Ducati monster 900 yang juga dikeluarkan pada tahun 2001, Namun MH900 evoluzione adalah lebih unik dengan enjin v-twin yang menggunakan udara bebanding cecair untuk menyejukkan enjinnya. Ducati tersebut juga dilengkapi oleh single sided swingarm yang agak unik bentuknya. MH900 evoluzione adalah antara jentera Ducati yang paling rare namun 2 daripada jentera tersebut ada di Malaysia.
Sebelum ini dilaporkan oleh majalah tempatan bahawa hanya 1 sahaja yang sampai di Malaysia , Namun ianya jelas salah apabila seorang lagi pemilik kepada jentera ini telah memuatnaik gambar motosikalnya yang ingin dijual dengan harga rm60 ribu ringit, unit kedua tersebut turut menyertakan ekzos termignoni titanium yang juga merupakan ekzos yang sukar didapati untuk model MH900e yang bernilai hampir 20 ribu ringgit.
Reply