Dulu “RX-Z full fairing” dihina. Sekarang RZR 135 menjadi pujaan.

Yamaha RX-Z sememangnya popular didalam dunia permotoran Malaysia. Ianya adalah kerana Yamaha RX-Z merupakan antara motosikal 2 lejang yang tidak dihadkan kelajuannya secara melampau. Berbekalkan enjin 135cc 2 lejang, RX-Z merupakan satu satunya motosikal yang mampu mencapai 170 – 180 kilometer sejam tanpa apa apa modifikasi.



Pada awal RX-Z dikeluarkan, ianya dibekalkan dengan enjin 135cc 2 lejang berserta kotak gear 5 kelajuan dan pada tahun 1989 Yamaha memilih kotak gear 6 kelajuan untuk menampung keupayaan RX-Z. Sewaktu pengeluaran 6 speed RX-Z tidak ramai yang tahu bahawa Yamaha turut mengeluarkan model yang sama dengan RX-Z 6 speed iaitu RZR135 di pasaran Indonesia, Jepun dn beberapa negara terpilih sahaja. Walaupun hampir keseluruhan komponen RZR dengan RX-Z adalah sama , namun ianya boleh dibezakan dengan RX-Z. Beza RZR 135 dengan RX-Z 135 hanyalah RZR menggunakan full fairing , manakala RX-Z adalah naked 2 lejang.

RZR135

RXZ-135

Pada RZR dikeluarkan di market Indonesia dari 1989 hingga 1991. Pada waktu itu RZR dikatakan hodoh dan tidak laku berbanding pesaingnya , Suzuki RG150 atau dikenali sebagai TXR 150 panther di Malaysia. Pengguna RZR juga kebiasaannya akan membuang fairing original RZR dan digantikan dengan Fairing RXZ kerana dikatakan tidak bersesuaian dengan bentuk motosikal tersebut. Selain itu RZR juga ditamatkan produksi dikatakan kerana peminat motosikal Yamaha lebih memilih RX-K berbanding RZR.

RX-K135



Namun setelah hampir 30 tahun berlalu , ini sudahpun berubah. RX-Z telah ditamatkan pengeluarannya pada tahun 2011. Yamaha RX-Z meningkat harganya dengan menggila sehingga mencapai 20 ribu ringgit. Akibat dari populariti RX-Z yang meningkat. Penggemar motosikal retro mula terpaut hati kepada RX-Z yang lebih “rare” iaitu RZR. Pengguna RX-Z mula mencari fullfairing RZR dari Indonesia untuk dipasangkan kepada RX-Z model Malaysia .

Mungkin tidak ramai orang yang tahu kewujudan RZR135 namun , ‘Orang lama’ yang mengetahui akan kewujudan model ini mula mencari fullfairing RZR yang kini dijual sehingga rm2000 ringgit bagi NOS Indonesia. Full fairing RZR135 ini jarang sekali dapat dilihat melainkan di perhimpunan motosikal retro Malaysia.

Mengikut blog blog permotoran Indonesia, sebahagian dari barangan RZR masih diproduksi oleh Yamaha Indonesia. Kenyataan diperkuatkan lagi kerana ada peminat peminat RZR di Malaysia telah mengimport dan menjual fairing RZR baru beserta beberapa bahagian RZR yang lain berkondisi baru.

Peralatan RZR yang dijual oleh lelaki dari Malaysia.



Comments

comments

Reply

error: Content is protected !!