Sebelum ini viral tentang filem Badang yang telah keluar bersama The Black Panther, Filem badang tersebut dibintangi oleh Dato Aliff Syukri yang menjadi hero didalam filem tersebut . Pelakon utama filem tersebut telah dipilih sendiri oleh Dato Prof Dr A Razak Mohaideen oleh kerana sebab yang tidak diketahui. Filem tersebut mendapat kecaman teruk netizen sebelum pelancarannya sehingga menjadi viral di media sosial mengutuk filem tersebut.
Namun selepas pelancarannya . Dato Aliff Syukri telah memberitahu bahawa filemnya adalah box Office iaitu telah pemecah panggung kerana ramai yang menonton filem tersebut . Namun setelah 2 minggu filem tersebut diputarkan di pawagam. Pelbagai spekulasi keluar dan menghairankan kerana jika dilihat hampir tiada orang menonton filem tersebut di pawagam menurut netizen di media sosial . Dato Aliff Syukri sekali lagi dikutuk kerana beliau mengeluarkan kenyataan box office filem tersebut.
Namun seorang lelaki telah mendedahkan kos pembikinan filem tersebut di laman sosial twitter yang dikatakan menelan 2 juta namun mengalami box office flop dengan hanya mengaut keuntungan rm75000 sahaja. Ini merupakan kerugian yang besar filem badang kerana filem tersebut dikutuk dengan teruk sebagai filem sampah dari awal pengumuman filem tersebut sehingga tarikh pelancarannya.
Bukan itu sahaja . Lelaki tersebut turut mendedahkan beberapa lagi filem Dato Prof Dr A Razak Mohaideen yang keseluruhannya berjumlah lebih RM8 juta yang hanya berjaya mengutip 1.8 juta sahaja. Lelaki tersebut turut mengatakan bahawa Fita Studios menggunakan dana UiTM untuk filem yang bertaraf sampah seperti badang.
Netizen menggesa SPRM supaya menyiasat kes ini untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Alert TV juga tidak pasti apa yang berlaku namun inilah yang dilaporkan .
Reply